Selamat pagi kengkawan. Best tak weekend? Kite sakit betis laa, berdiri & jalan byk sgt sebab melayan havoc tetamu beraya ke rumah. Seronok nk menyambut tetamu sampai tuan rumah mkn lunch pukul 5.30 ptg tau... Aci gitu?
Keadaan luar rumah sbl kunjungan orang ramai. Disebabkan dlm rumah yg comel & dikhuatiri tidak memuatkan jumlah tetamu yg ramai, maka kita bukak laa meja lipat kt porch rumah ye.. Tahun ni tak ada sewa khemah meja, sebab buat kecil2an utk saudara mara, jiran & kawan terdekat sahaja.
Hero of the day. Home made mee rebus tulang. Johor style yall!
Sub-menu. Kuih raya, macaroni goreng, tembikai, karipap, popia, lemang, nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, sate ayam+daging.
Sementara tunggu tetamu dtg, kita snap sedas dua. Kakak tolong mama susun sate ye...
Ibu² & bapak². Ni semua sepupu sepapat suamiku. Terima kasih sudi meriahkan rumah kami. Sepupu sepapat kite dh dtg minggu lepas. Time tu kita jamu lontong & laksa Johor.
Separuh mkn di luar, separuh mkn di dalam. Sapa nk berasap, silakan amik bangku & duduk di luar pagar ye :D Rumah saya ni rumah mesra kanak2...
Anak2 riang gumbira main basikal.
Masa untuk pulang. Terima kasih ye sudi dtg rumah kami. Ada rezeki kita jumpa (and makan2) lagi.
*Baru perasan tak ada gambar indoor. Penat mak jemah gantung langsir baru & pakukan frame2 gambar tau... siap sembur ampi pur lagi. hihihi.