Wednesday, January 2, 2013
Colmar Tropicale Berjaya Hills
Tuesday, January 1, 2013
The Beginning of 2013, BismillahirRahmaniRahim
Sunday, December 23, 2012
Setahun Hanya Sekali
Sunday, October 30, 2011
Weekend story
Subday noon dh terpacak kat JJ Bukit Mahkota, Cheras. Kononnye ada sale, tp mcm biasa je.. Aku tanya SA, stock baru2 ke apa? dia kata 'Takla kak, balance2 stok Deepavali je..' Hamik ko.. sales sbb nk abihkan stok raye ok! cancel shopping. Kasut AD yg aku berkenan pon tkdek size. Lagi la hampa ditusuk duri. mencik.
Sudahnye, layan anak2 main, mkn2 then chow. beli shirt rambu ramba selai. sudah.
F1 driver. Hello
Sian adik tk dpt naik ye dik...
Tudia. Mak kau yg excited terover2
Bukan dia reti main pon, ngabihkan token jek.
Sibuk tgk game org je..
Td bawak F1, skrg bawak kreta police. Mcm biasa, mak yg excited lebih
Kan dah kata, dia pulak yg sibuk main hon kreta polis ni...
Tapau Jco 6 bijik, pastu lunch kat Fruit & Land. Cincau best
Appetizer - dap gak
Spicy Soup Noodle - kurang ah, maybe sbb aku dh kenyang kut
Snack - Fried wantan
Dessert - Mango Pudding
Hero
Heroin
Dah kenyang, tido. Mcm dak ni. Baru 2stgh bln dah sekambak gini... Haih, adik... adik..Monday, October 3, 2011
Visit to Zoo Negara
Ni 1st pit - tgk zirafah. 1st time aku tgk lidah zirafah dekat2. ada la dlm 2 meter dari tmp aku. Zirafah tu hulur tengkuk nk mkn daun2 dlm longkang yg dekat dgn kitorg. Skali dia julur lidah dia... mak ai.. geli lak aku. panjang melekit, hitam2... wek! btw, aku bkn animal lover, alangkan kucing pon aku takut pegang. jgn tanya knapa... penyakit keturunan kut... hehehe
Next gajah pulak. Seingat aku masa gi zoo kecik2 dulu, dorg ada buat elephant show. ala yg ada org baring bawah gajah, pastu gajah tu buat2 nk pijak tapi acah2 je tu.... skrg ni mcm dh takde kut? yg ada kat tepi tu, org jual tebu. sebatang $3 utk feed the elephant. Aku tak beli pon. ala.. gajah tu dah terlebih mkn pon kan. kalau tak takkan dia besar mcm gajah? wahahaha!
Mak budak ni asik nk mintak berenti je.. Tapi bukan kaki dia melecet ok? Sbb nk nyusukan anak.... hasilnye...
Gedebab montel2 yg asik nk nyusu jek! Adui Dik... org gi zoo tengok rimau segala binatang. Adik asik nk botol jek!
Ironinya gambar ini. haha! sendiri terasa nih...
Ni la kerja Nia kalau bagi adik dekat2 dgn dia. Habis dikenyam...Susahnye nk bergambar sekali ber4 kan? mesti ada yg missing. :D This is the entrance to Amphitheatre. Ala, tmpt dorg buat show binatang2 tu.. Time kitorg sampai area ni 3:00pm, just nice show baru start.
Dah la kut?
Thursday, September 29, 2011
eh dah habis pantang? :D




ok! bukan aku je kena diet utk ilangkan babat ok! laki aku pon sama. kahkahkah!!Monday, September 5, 2011
Cerita raya kami
Cerita raya kitorg, biasa2 je. Since aku pon masih dlm pantang, everything was very limited. Sungguh pon gitu, kitorg still balik kg both sides; Melaka & Johor. Bentan tak bentan, tawakal je la kan.. Rayyan mmg tk banyak ragam all the way balik kg. Tp perangai Nia mmg menguji kesabaran aku. Macam2 kerenah yg bukan2 yg pelik2 tak masuk dek akal.
Monday, July 25, 2011
Anak Sulung Saya
Ntah la, tk tau nk cakap. Hari2 rindu anak.
Macam aku sorg je ada anak.
Asik angau je.... terbelek2 gambar anak.
Gambar dia dari phone, thumbdrive, monitor pc kat office.
Bersepah2 gambar dia.
Sehari 3 kali call rumah.
Tanya khabar anak.
Tidur ke dia. Lama mana dia tidur. Nyusu ke dia. Banyak mana dia nyusu.
Jumaat ni umur Nia setahun sebulan.
Dh berjalan. Merayap 1 rumah. Dh pandai bukak gate. Dah pandai tunjuk pintu ajak jalan kat luar.
Gigi ada 2 btg je kat bawah. Mmg gigi dia lambat tumbuh. Sbb tu dia tk suka mkn kut?
Nia dh pandai buat bunyi harimau.
Mimik riding a horse - gedeguk gedeguk.
Mimik itik quek quek.
Panggil kucing puuuusssss.
Pandai bye2. Pandai silat. Pandai Cakcekur.
Pandai sayang-sayang... Tp cukup cemburu & menggelupur kalau aku ckp 'Saaaayaaanggg Abah'. Boleh menjerit2 dia nangis nak dapatkan Abah dia.
Cuba tanya, "Nia mcm mana mama nangis? Mama busuk tak? Mata mana? Pipi mana?" Semua dia boleh jawab. Dengan cara dia la..
Nia dh kenal things & it's function. Sikat- utk rambut. Stokin kasut- pakai kat kaki. Losyen - sapu betis & tgn. Telefon - hello. Sudu-mkn. Cawan-minum. Kadang2 mana2 pasu bunga yg shape mcm gelas pon dia buat minum gak... And yg latest: Cotton bud - korek telinga. Lawak gile aku tgk dia try nk korek telinga sendiri. Tapi telinga kanan je la.. sbb dia right-handed. Kdg2 aku saja ejek dia 'Nia punya telinga bersih belah kanan je... belah kiri mesti banyak hasil kan?' Hahaha!
Nia pandai nyanyi. Lagu 1 Malaysia. Part 'Oooo.. Ooo...' Dia tau the right moment nk masuk part 'Ooo Oo' tu... Nia tak buta melody & tak buta lirik. Aku penah try tukar lirik lagu tu with same melody. Dia boleh sambung part 'Ooo..' Bila aku tukar melody & remain the lyric pon dia boleh tau when to continue. SubhanAllah, aku mmg tk pernah ajar pon dia nyanyi lagu tu. Dia dgr lagu tu kat TV. itu pon jarang2. bukannya lagu tu slalu on-air pon.
Nia tau nk beza slow song & fast beat. Kalau slow rythm, dia swing left right sambil buat muka sweet.... Kalau fast song, dia henjut2 joget terkinja2 sambil buat muka cheeky.
Nia pandai buat TomTomBak! Itu pon bkn sbb slalu tgk cerita Paknil kat Astro. Infact, tk pernah tgk pon. Dia tgk iklan je...
Nia suka tgk Indahnya Iman kat Astro Oasis. Half Hr program b4 masuk waktu solat. Leka dia tgk tv sambil isap susu. The moment yg boleh tgk dia bertenang dr aktiviti bkn2 yg kadang2 bahaya utk diri dia sendiri. Mana zikir2 yg dia suka tu, asyik masyuk la dia meratib kiri kanan. Time ni, boleh laaa mak dia lurus2kan pinggang yg dh start sengal2 kan...
Kalau aku ckp "Nia, jum main dgn mama" Nnt dia dtg dekat, duduk facing me, then start buat tgn 'Sep sep sep, tom tom tom' Dia tepuk2, aku tukang nyanyi, Nia jd tukang tepuk & sengih je.
Nia dh pandai identify barang2 dia. 1st & foremost - bantal biru. Selected person je boleh pegang & baring bantal tu. Kalau org lain, mesti dia tunjuk sikap protective dia. Aku tak nk la ckp Nia ni kedekut. Sbb dia sgt tak kedekut. Ada makanan dia share siap suap2kan, ada mainan pon dia share main sama2. Cuma tang bantal biru tu je dia jd lain macam sikit. Nak kata bantal busuk pon tak jugak. Sbb dia boleh je lena kalau takda bantal tu. CUma dia mcm tak boleh tgk org gomol2 bantal tu kut? Ntah...
The most sweetest thing, dh pandai mimik tidurkan adik. Walaupon adik dia belum keluar lagi.
Ya Allah, ucap syukur sahaja yg mampu aku panjatkan. Semoga dia terus jadi anak yg bijak & solehah.
Mama sayang Nia terlampau banyak.
Sunday, July 24, 2011
Long Due Entry

Nia 1st birthday. Mama love you sayang
Husband akan terbang ke China 17-24 Aug 2011. utk World University Game. Due date yg tertulis dlm kad merah adalah 23 Aug 2011. Oh Allah! mcm mana aku nk hadap kelahiran ni sorg2? huwaaaaaaaaaa!!! takutnye mama!
Kalau overdue barang 1-2 hari pon cantik kan?
Ada tak ubat nk kasi tahan beranak? Aku takut sgt2 nk beranak sorg2 ni..
Wednesday, January 5, 2011
Update la wei!
Tiak busyuk basham mama. botel2 danje...
Budak ni dah 6 bulan. Aritu injek 6 bln, dia punye melalak melaung sampai Doc susah nk cucuk muntut dia. Mujur boleh control.
Dah macam2 akal dia skarang ni.
1. Merangkak dah laju sgt. Bila mama & abah balik office, dh pandai kejar kaki kitorg nk mintak dukung. Selalunye seluar akan bertahan bersihnye beberapa jam je. Pastu dah berjelaga lutut seluar anak aku. Segala ceruk dia merangkak dh skarang ni. Aku terpikir gak. Progress Nia sgt cepat nk compare dgn umur dia. 1 of the reason dia cpt merangkak, may be sbb aku jarang pakaikan dia stokin waktu siang. So, kaki dia tk licin sgt nk merangkak kut? And, aku tak biasa bentangkan tilam utk dia main2. Pandai2 la dia nk survive atas simen keras membatu tu...
2. Dah pandai sengih & ketawa mcm Ms Congeniality. Lawak gile bile dia tersedut gelak dr idung mcm Sandra Bullock dlm citer tu wei....
3. Tokleh tinggal sorg2. Confirm menangis melalak. Ada 1 hari tu, aku duduk blkg dia. Dia elok je main remote sambil ngadap tv. Dia toleh kiri kanan, skali dia br perasan takde org duduk depan dia (padahal aku ada je dok blkg dia, cuma dia tk perasan) Dia punye melalak. Mak aiiiiii! macam kena bantai. Aku pujuk2 sambil gelakkan dia & cakap "Ape ar Nia ni... mama punye besar kat blkg ni bole tak nampak.. haahahahahh!" Agaknye dia tau aku gelakkan dia kut. Terus dia buat muka malu2 & sengih Ms Congeniality.
4. Dah mkn bubur nasi. Bukan aku tk try puree as 1st solid food ye ibu2. Tapi Nia tak suka. Beria bagai nk rak aku memuree. Dimuntahnye balik. Try cerelac pon, dia mkn ala kadar je. Sesudu pon payah nk abis. Baru smlm ni, try bg bubur nasi + sayur mayur blend. Alhamdulillah, setengah mangkuk gak dia hadap.
5. Naik walker kemain laju mak ai... kalo on the road, dh banyak dah Nia punye slip saman. 1 spot yg dia suka sgt, tmp pasu comel2 nenek dia. Kayuh kaki lelaju sampai gobok hiasan nenek, then pilih la satu2 mana nak dicapainye. Lagi 1, kalau naik walker, suka kejar kucing. Asal nampak kelibat kucing lalu, dia bleh nk tangkap kucing tu. Kucing jiran pon, tumpang lalu lalang cek tikus.
6. Suka sgt kalau ada kawan sebaya dia. Harini sepupu dia, Mikail ada kat rumah. Nia skip nap 2 times sbb asik nk main je. Budak ni mmg excited lebih kalau org ramai2 kat rumah. Kalau dia berdua je dgn nenek, boleh la santak nap sampai 2jam lebih. Repeat 3x nap plak tu...
7. Belum berani dgn lelaki dewasa. Agak pelik gak. Nak kata rumah aku ni takde lelaki, adik2 aku smuanye lelaki belaka. Nia sangat penakut dgn watak lelaki dewasa mcm atuk2 / pakcik2. Lelaki yg tua, especially bermisai & gelap. Even dgn atuk sendiri pon Nia tak berapa ngam. Menangis sampai tersedu2 kalau kena tegur dgn lelaki baya2 gini. Jiran aku tegur - dia tak suka, atuk dia dukung - dia melalak, even indon downtown yg tegur geramkan dia pon dia bole melalak bagai.... Tapi dgn org perempuan, lelaki muda, budak2 lelaki dia ok je... Nape ntah...
8. Dah pandai main kejar2. kalau kita acah nk kejar dia... Dia dh pandai nk larikan diri. Mcm biasa. Mesti gelak kuat2 sampai terkluar bunyik Ms Congeniality dia tu.
9. Susu?? kussss semangat! Enfalac A+ 650g hanya 4-5 hari je ye kawan2... Itu tak campur BF lagi tu... Kalau malam2 masih ngempeng dgn mak dia. In fact, balik kerja je Nia dh menggelupur nk menyelak baju mama dia lepaskan gian :D
Nombor 10? Jumaat ni Nia kena sunat. Nak kena heret nenek & abah masuk skali ni. Mama dia mcm lemah semangat sket. Hahahaha! Try kuatkan jugak semangat nk ngadap anak kena sunat.
Update pasal myself: Semalam pegi interview with Bank A. Bank A offer sgt menarik. Moga2 ada la rezeki aku ye. Second interview smlm hanya ada 2 candidates sahaja. Im the 1st one. Cuak. Study company profile pon tk concerntrate sbb anak sibuk nk main laptop sama.. kalau dh gi interview tu, mcm biasa la... Sementara tunggu turn, aku mmg gatal mulut nk tanya the other candidate tu kerja mana. Sekali dia experience Exec Bank B daaa~ Adakah application aku kena reject? Kita tunggu la sama2 ye :) Maklum la.. aku tkde experience banking & takaful. Tapi, sapa la tak teringin makan bonus sampai 5-6 bulan kan? Sekarang ni bonus sbulan je. Tu pon dh nk abis :D Nak harap perfomance bonus pon confirm tak 100% kalau dh manjang MC & EL je kan? Padan muka aku. Increment tahun ni, Alhamdulillah syukur. Tak sangka gak naik sampai 20%. Bukan aku tk bersyukur keje sini. Tapi... susah aku nk cakap kalau environment takde sorg pon yg sama color dengan ko. I'm the only Malay standing here. Plus, Takde sorg pon yg dh beranak pinak mcm aku ni. Dari director. sampai la staf2 lain... Yg dh berfamily, hanya aku & tealady. So, faham2 la betapa payahnye aku nk explain kalau ada family matter yg memerlukan aku EL. Bukan nak cari alasan. Hakikatnye, aku perlukan perubahan :) & working society yg best. Mcm masa zaman2 aku kerja ExxonMobil & FedEx dulu. Happening wei...
Update tentang my other half: Berkobar nk sambung blajar. Tak tau la he will accept the scholarship offer from that Uni or not. Tapi, aku mcm belum ready nk tinggalkan Malaysia terchenta. jangan kata 4-5 thn abroad, seminggu abroad pon aku dah rasa lama gile weii!!!!! God please help. Aku taknak stop his dreams & ambition. But at the same time, aku sangat2 berbelah bagi nk tinggalkan semuanya kat sini. Memangla bukan permanent kat sana. Tapi JAUH & LAMA. Tak tau la aku boleh cope ke tak..... Pesal la You tknk blaja sini2 je Yang? ape tak pandai ke blaja kat Malaysia ni? Sama je kan? Kenapa peru beli tiket mahal2 sbb nk belajar? sob sob sob..... Lagi buat aku serba salah bila dia ckp 'I tak pernah mimpi nk dpt Dr dalam umur muda tau... You pon tau, i nk abiskan Bach Deg pon tersengguk2 ni plak la fikir nk sampai PHD. Bukan senang org nk sponsor kita belajar tau... Ni rezeki kita yang.... '
Oh Tuhan.... tunjukkan petunjuk..... Aku tak menolak rezeki.. Malah aku mmg mencari rezeki. Hari2 doa murahkan la rezeki kami anak beranak. Tapi when it comes to heavy decision macam ni. Aduh mak ai... terduduk aku. Terjelepuk. Bukan tak nak, tapi.... entah...
Wednesday, December 29, 2010
Happy New Year

Monday, December 27, 2010
Contest Muslimah Anggun 2

Syarat & Terma :
- Muslimah DONE
- Follow blog ini DONE
- Add blog ini dlm blog list korg * supaya korg alert tau* DONE
- Letak Banner dlm entri shj, sidebar x perlu ye DONE
- Tag at least 3 persons, makesure diorg tau ye DONE
- Sekeping gambar Muslimah yg sopan ye. [PENTING] DONE
- Free to wear any kinds of hijab DONE
- And sertakan satu ayat yang menggambarkan diri anda [PENTING] DONE
- Leave link anda di tempat komen okey :) DONE
- Warganegara. :) OF COZ
Contest bermula : 26th Dec - 30th Dec 2010
Prize : Shawl + accesorries + suprise gift
TAMAT : 30th DEC on 10.00 am
ANGGUN TAK?
Baik korang cakap anggun. Kotak, majuk. (mcm ada yg kesah pon kan?) Anggun ke? Hangguk ada la kut? Pada aku, anggun ni mcm elegent dlm kelas tersendiri. Pendek kata, kalau pakai - style je. Kalau bercakap - class je. Kalau jalan - confident. Cemana nk explain tah...
Perihal gambar di atas: Persiapan 45 minit sebelum jadi bini Malik. Pakai sendiri je. Beli tudung tk berapa mahal kat Ampang Park. Tak sampai 40 hengget pon tudung ni time tu. Skarang ni lagi la murah kut? Belit2 lebih kurang, pakai viel, tadaaaa... pranten dah siap. Nikah 070809 di halaman rumah. Eh, kat ruang tamu rumah. Skrg ni port nikah dh jadi tempat menan anak dara kitorg. Syukur :)
So kawan²ku Lynda, Lily, Azreen, Dayu & lain2 yg sudi.... meh la kite join. Kite tau, awk2 semua byk gambar cantek2 kan kan kan :D
Wednesday, December 22, 2010
Rindu kamu berdua
Rindu kamu berdua!












