Thursday, January 3, 2013

Japanese Village Bukit Tinggi


Hoyeah! Memang tinggi bukit kudaki. Penat & semput. Dengan 2 budak kenit kena bawak. Mula² kena panjat tangga. Then bukit pulak. Sangat wow la betis kejang2 kan.... But once a while mmg syok jugak jenjalan secara hardcore gini kan. Baru challenging. But i never expected the hill could be this horror. Memandangkan aku tk prepare mental & fizikal utk panjat secara manual. Kupikirkan ada la transport nk naik atas tu. Rupanya kena jln kaki eh? Hehe.  And what questioned me was "Cemana Nia boleh berlari naik bukit?" gile ARGH!! Kejap2 dia toleh belakang ckp 'Cepat la mama'. Mama dh tuo nak.... jln pon dh agak selow... 


Sementara nk lepaskan lelah, kitorg relax2 dulu sambil tgk gaung kat bawah tu. At this level, baru ada rasa nyaman2 sikit. Tak mcm kat Colmar Tropicale. Nak kata sejuk tu mmg tak la. Cuma ada sikit berangin & tak terik sgt. Time ni rasa dehydrated sbb air dh habis. Tapi takpe. kat atas sikit tu ada kiosk jual air & icecream. 


Boleh dikatakan entrance jugak la kut? The moment we reached here, visitor dh start ramai. So, semua bertunggu2 nk gambo kat batu besor ni. Well, aku dh chop dulu! Tunggu sampai kitorg puas gambo sini, baru korang punye turn yerk? Time ni Nia dh berlari pegi kiosk sbb dia dh nampak ESBOK ICECREAM!


This is the kiosk. Ada jual icecream. Tapi 2 jenis je. Cornetto & lime vanilla. Air pon tk byk option. Ada coke, 100+ & drinking water sahajo. Setin RM5. Icecream dlm 3 inggit kut? Pit stop sini dlm 20mins. Maklum le kak.... penat manjat bukit. Selain refreshment, kat dalam ni pon ada jual2 souvenir. Keychain, shirt, fm, payung jepun & segala mak nenek barangan Jepun ada di sini. 


Sambung panjat bukit lagi la kawan... But this time dah keliling2 dgn pokok2. Nia bole cakap 'Ishk, mana singa ni? Singa mana mama?' HARU!! skali singa betul keluar, baru tau. Menceceh2 mulut tanya mana singa... Adeh mak aiiiii anak dara gue.


Budak berdua sibuk main batu. Melalak2 tak dikasi main. Far behind is my lovely MIL. Oh yea, she can cook & sew very very very well.. Suatu hari saya berazam mahu belajar menjahit dari beliau? Tapi bila ye? Hanya masa yg menentukan... Wuhuuuuuuuuuu....


Rumah Jepun. Kat sini Azah (in blue) terhantuk bumbung. Tu la, excited sangat panjat2 batu. Mana Nia? Well, mcm biasa la... MAIN BATU. Haih.... Kat sini boleh sewa kimono. Tapi sebab tak berkeinginan, maka diabaikan je la. Kang tali kimono ke mana, anak aku ke mana... aje nan parah! Kat sini pon boleh bertea ceremony secara olok2. Sapa yg kelapangan, boleh la join


Senario biasa kalau dipaksa amik gambar. Melalak2 nk main batu ko. Takpe la nak.... Nanti mama belikan batu kerikil sekampit buat korang main2 ye.... 


Nia rendam2 tangan dgn busu Marina. Siap basuh2 muka. Belum sempat aku ckp 'Jgn basuh muka kakak..' dia dh raup muka dia dgn konfident berkata 'Waaa, sejup mama.... sejupnyeeee'. Tawakal je la. Aku pon tk tau tahap kebersihan air kat sini cemana. Dlm kolam ni ada ikan kap. Gemok2 belaka. Nyaris anak aku tak ramas je ikan tu. Si Rayyan siap dh hulur2 tgn nk capai ikan. 


Sesungguhnya Rayyan sangat mengantuk di ketika ini. Dia dh skip morning nap. OTW turun bawah, dia dh terlelap.. Kitorg tawakal jek tinggalkan stroller ni kat bawah. Siap baca bismillahitawakkal... hihi... Semuanya sebab tak larat nk pikul benda ni naik ke Japanese Village kat atas nuh... 


OK la korang. Kalo nk gi Bukit Tinggi ni, pada sapa yg adventure sgt tu, mungkin akan rasa boring sbb tkde aktiviti nk buat melainkan begambo. Makan pon agak limited sgt. Kalau setakat nk pegi sbb nk jawab "Ala.... kita dh pegi pon sana... tkde apa pon...." maka, silakan. Hehehehehehehheheeheheheheheeheh

Wednesday, January 2, 2013

Colmar Tropicale Berjaya Hills

Selamat Pagi kengkawan. Dah sarap? Kami tgh makan karipap sardin sambil update blog nih. Kalo dpt kopi o pon best gak nih. Saja la nak story. Dah lama tk menceceh le katakan... Aritu kitorg gi Bukit Tinggi aka Berjaya Hills. This is the 2nd time. Dulu2 masa masuk sana, the fee was RM10/vehicle. Tapi sekarang ni, dorg charged RM12/person & free for kids below 4y.o. Within a year, naik harga sampai mcm tu sekali. Isk isk isk.... Anyway, back to the story & pictureeeesss!

Inilah rombongan cuti sekolah kami. Yang masih bersekolah ialah yg berbaju biru & putih. Yang lain semua bukan warga sekolah yek.

Gambar family kami kat air pancut. Tgk budak berdua tu duduk cemana. Jangan tanya kenapa kitorg tk bwk 2 stroller ye. MPV kita bukan MPV besor. Memandangkan rombongan kali ini agak ramai, MPV comel muat 1 stroller jek. Kat sana panas terik tau, tapi tak membahang sgt la. Tak yah la korg nk berbaju tebal bagai. Mmg berkuah² dibuatnye. 

Gambar wajib @ Colmak Tropicale. Kitorg sampai awal jugak. Dlm pukul 10.30 kut? So, visitor belum ramai lagi. By noon, korg tgk la tmp ni. Penuh dgn umat maknosia nk bergambar. Mujur awal. Dpt la background clear sikit. Both kids excited tgk swan bernang2 kat kolam bawah tu. Besor rupanya ehk? Ingtkan kecik je... 

Amik gambar dgn kuda pulok. Budak2 ni boleh ke takut amat dgn kuda patung ni. Haish! Baru la pk nk hantar diorg horse riding class kat UPM tu. They need exposure kut? Baru hilang gerun tu..

Pre-Xmas. It was 21st. They started decorating the place with colors! Tgk muka Rayyan, sengih besar! hihihi. Kakak mcm biasa la. Amik gambar jarang yg focus. Manjang distracted. 

Mak Bapak yg sengih besor time amik gambar.. Tetapi hal ini tidak berlaku kpd anak2. Haih! Di kiri kanan lorong ni ada banyak restoran. Mostly western food la. But there is a shop yg ada terbau kari2 sket bila lalu depan kedai tu. Kitorg tk suinggah mkn pon. Sebab menantu 'sorg' ni dh masak & bg semua org sarapan siap2 dari rumah. Siap bawak bekal ko! Anak 2 org menciak, siap bawak bekal. Mampu? Wahahaha! Tp gambar picnic makan bekalan tk ada la.. Almaklum... sibuk berkejar dgn budak2.

Ni la bahana nk pakai brooch juntai2. Abis si kenit ni gentel sampai putus. Kat sini area yg tk bagus. Ala2 berjudi. 1 token RM4. Pastu, bkn semua game ada prizes. Burn duit mcm tu je. Ikut nasib la. So, sgt2 tak digalakkan.. Pegi sini nk bergamba2 boleh la ye puan2....

Abah kena pow dgn Nia for this bubble gun. RM15. Haritu ada beli dah kat Kajang. RM11 je. Well, atas bukit kan? ofcoz mahal sikit dr harga kat luar. The bubble gun comes with 2 bottles of bubble liquid. 1 botol boleh main, 1 botol lagi sorok laju2! Selagi tak habis, selagi tu dia picit kasi tembak. Abis berlendir.

Ni la tempat we all picnic. Mkn sandwich sadin, cocktail sosage, tempura nuggets, chicken popcorn & beef burger! Licin bekal kitorg. Area picnic ni ada meja & kerusi. Kawasan berumput utk budak berlari2. Nak duduk2 kat batu2 pelsu ni pon boleh. 

Lepas mkn2 kitorg gerak pergi Japanese Village. 

OK, abis cerita kat area Colmar Tropicale. Tak adventure sangat. Kalau takat nk amik gambar cantik2 utk kenangan... boleh la. Tapi diorg fun je aku tgk? Gambar byk sgt. Tp tak terdayo nk upload kat sini. Semua telah di facebookkan... Korang loya tak tgk gambar byk2 ni? Gasak la.. hakak mintak hampun byk2 yerk?? hehehehe... 

Tuesday, January 1, 2013

The Beginning of 2013, BismillahirRahmaniRahim



Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu



Saya doakan yang baik² sahaja untuk diri sendiri, keluarga dan anda² semua. Amin...

Sunday, December 23, 2012

Setahun Hanya Sekali


Tudia!! Entry setahun sekali. Dari 2nd child baru keluar, sampai dia pon dh berlari. Fine, now dh tk reti nk godek blogspot. Closing entry for 2012. Jgn ke tidak. Buat syarat. Selamat Tahun Baru kawan². Berazam baru la kita ye. Semoga yang baik² sahaja utk tahun depan. Happy Holiday!

Sunday, October 30, 2011

Weekend story

Apa cerita weekend korg? Kitorg tkde apa yg menarik berlaku. Saturday lepak rumah. Sunday patutnye blk Melaka secara mengejut, tp husband ckp tk payah pulak. saya yg menurut perintah pon unpack la brg2 yg dah dibungkus.

Subday noon dh terpacak kat JJ Bukit Mahkota, Cheras. Kononnye ada sale, tp mcm biasa je.. Aku tanya SA, stock baru2 ke apa? dia kata 'Takla kak, balance2 stok Deepavali je..' Hamik ko.. sales sbb nk abihkan stok raye ok! cancel shopping. Kasut AD yg aku berkenan pon tkdek size. Lagi la hampa ditusuk duri. mencik.

Sudahnye, layan anak2 main, mkn2 then chow. beli shirt rambu ramba selai. sudah.


F1 driver. Hello

Sian adik tk dpt naik ye dik...

Tudia. Mak kau yg excited terover2

Bukan dia reti main pon, ngabihkan token jek.

Sibuk tgk game org je..

Td bawak F1, skrg bawak kreta police. Mcm biasa, mak yg excited lebih

Kan dah kata, dia pulak yg sibuk main hon kreta polis ni...

Tapau Jco 6 bijik, pastu lunch kat Fruit & Land. Cincau best

Appetizer - dap gak

Spicy Soup Noodle - kurang ah, maybe sbb aku dh kenyang kut

Snack - Fried wantan

Dessert - Mango Pudding

Hero

Heroin

Dah kenyang, tido. Mcm dak ni. Baru 2stgh bln dah sekambak gini... Haih, adik... adik..

Monday, October 3, 2011

Visit to Zoo Negara

Penatnyeeeeeeeeeee pegi zoo!

Assalamualaikum smua. Weekend punye cerita, kitorg jenjalan anak beranak pegi zoo. dlu masa Nia belum pandai jalan, ada gak teringin nk bawak dia tgk animals kat zoo ni. Tapi ada bapak budak dgn confidentnye bg statement 'Zoo bukak sampai malam la.... i igt i penah pegi zoo memalam masa kecik2 dulu'. Alooo Bang, itu dulu. skarang ni dorg dah takde duit nk bayar duit lektrik nk kasi terang kandang badak segala macam binatang dalam tu... Makanya, kalau terpacak depan zoo pukul 4-5 ptg, silakan patah balik ehk? Ha.. tu kisah silam la...

Ni nk cerita kisah weekend lepas. Berjaya gak kitorg gi Zoo bawak anak2. Walau pon si kenit tu tk faham apa lagi.... Amik bau sudah la ye Dik...

Pepagi (read 11:00am) dah semangat gerak dari rumah. Singgah Keramat for brunch. Siap mkn nasik sepinggan dgn sipot sedut masak lemak semangkuk-share-laki-bini. Mahal eh rupanya sipot sedut ni. tekejut tgk harga lauk sipot tu je doblas hinggit.

Move on after lunch, terus g Zoo. Kitorg beli tiket paling murah; doplo inggit. ini harga with Mykad & not entitle to enter tmn burung & byk tmn lain. Kedekut tak? kahkah~ BTW, budak2 under 3y.o FOC.

Jom masuk dalam! belum apa2 kitorg dh berjujai2 mandi peluh. takde la terik sgt matahari. cuma, kat sini pokok banyak, so tk berangin sgt. berkuah keti tau!


Ni dekat dgn entrance. Mmg tmp snap pic anak beranak. ada patung2 gajah, badak, cerpelai mcm2 kut? Tapi kitorg tk msk pon, sbb time tu ada family lain sibuk bergambar & family aku hanya sibuk nk kejar Nia. Tahun depan berkejar dgn Rayyan pulak. hehe :D


Ni 1st pit - tgk zirafah. 1st time aku tgk lidah zirafah dekat2. ada la dlm 2 meter dari tmp aku. Zirafah tu hulur tengkuk nk mkn daun2 dlm longkang yg dekat dgn kitorg. Skali dia julur lidah dia... mak ai.. geli lak aku. panjang melekit, hitam2... wek! btw, aku bkn animal lover, alangkan kucing pon aku takut pegang. jgn tanya knapa... penyakit keturunan kut... hehehe


Next gajah pulak. Seingat aku masa gi zoo kecik2 dulu, dorg ada buat elephant show. ala yg ada org baring bawah gajah, pastu gajah tu buat2 nk pijak tapi acah2 je tu.... skrg ni mcm dh takde kut? yg ada kat tepi tu, org jual tebu. sebatang $3 utk feed the elephant. Aku tak beli pon. ala.. gajah tu dah terlebih mkn pon kan. kalau tak takkan dia besar mcm gajah? wahahaha!


Mak budak ni asik nk mintak berenti je.. Tapi bukan kaki dia melecet ok? Sbb nk nyusukan anak.... hasilnye...


Gedebab montel2 yg asik nk nyusu jek! Adui Dik... org gi zoo tengok rimau segala binatang. Adik asik nk botol jek!


Ironinya gambar ini. haha! sendiri terasa nih...


Ni la kerja Nia kalau bagi adik dekat2 dgn dia. Habis dikenyam...


Susahnye nk bergambar sekali ber4 kan? mesti ada yg missing. :D This is the entrance to Amphitheatre. Ala, tmpt dorg buat show binatang2 tu.. Time kitorg sampai area ni 3:00pm, just nice show baru start.


Seladang. Masa sampai area ni, Nia mcm dh start meragam. Penat berjalan agaknye. Tu yg kena take turn bg dia relax dulu. Aku? merasa la dukung adik yg bambamboom tu sepanjang jln. Eksesais kuruskan lengan. (ahh... saiko diri sendiri)


Hovernye nia menjeling2 ku bertentang!!!

Dah la kut?
Tak larat nk upload gambar. Most of the pix aku dah upload kat FB. Cuma takde caption. Korang view, then buat caption sendiri k?
Lepas jenjalan zoo, kitorg balik Melaka. Menjolok buah mangga yg tengah berjuntaian..


ok korang. sekian laporan. tata...

Thursday, September 29, 2011

eh dah habis pantang? :D

Rasa rindu nk jln2 merewang2 dgn family. Berpantang kali ni mencabar mental sungguh. Rasa sangat terperap kat rumah.

So, meraikan kehabis-pantangan aku.... Jln2 la depan rumah kejap ye....

Fine! weight lost tak seghairah masa bersalin 1st one. Metabolisma dh tak tinggi kut? makin katik agaknye.... Maka dgn itu, kite mungkin mencari baju dalam pencerut perut & krim panas kasi bakor lemak tepu.

Jalan2 MINES. Mana yg dok area Kajang-Serdang ni mmg suka la pegi MINES. sbb mcm2 ada kat sini. Makan pon senang... Nk shopping best. Brg tk de la mahal mcm boutique's price. Niat asal nak menggantikan bateri & casing phone. Tapi terlajak terganti lain pulok... Takpe la... Phone skrg ni pon dh 4 tahun pakai. Kalau anak, dh bole enroll tadika :D

Meh try camera phone. konon HD. tah iye tah idak la cina kedai tu nk melakukan tepon dlm cabinet kaca dia...

Blogger UB smer dh nk basi gambar2 Splash Park dorg. Tapi kitorg baru merasa dtg sini smlm ye.... Kite ni tak tau la yg kekdahnye kena bukak kasut main kat sini. slamber badak laki kita pakai slipa dgn kita pakai mary jane. skali hamik... kena la kitorg anak beranak berkaki ayam pukul 2 ptg. nang panas terik nk terbakor tapak kaki..


Dtg weekdays, makanye mmg kitorg anak beranak je la ye. rayyan tak dpt ikut. Nenek tk bg bawak sbb dia kecik lagi. padahal dh dekat 6kilo dah pon budak tu. huhuh.

Nia ni kalau diajak bergambo mmg gini style dia... Aku tak salahkan dia la, sbb dia kecik lagi. Mungkin aku salahkan tukang amik gambo sbb tak reti nak agah dia. Kalau time amik gambo dgn Abah, pandai je awak senyum siap ketawa2 kan? Tu tandanya mama ni mmg terror agah awak kan?


Nia excited sgt dpt main air. Kitorg tak rancang nk main2 air kat atas ni. so, tkde la bekalan seluar utk dia. pampers spare pon dh pakai sbb dia terberak masa tgh mkn claypot. adoi! Tanjat boboi masa air tu splash dari mangkuk yg lekat kat tiang2 tu.... seb baik aku terperasan wei! kalau tak, mandi junub laaa ko kat situ.


Kalau org lain, mungkin dah kurus kering jaga Nia ni... nk kejor dia 1 dunia mak aii... smua tempat dia nk pegi. kalau berjalan takpe gak... ni berlari ko! rasa mcm cardio training sampai nk termuntah ijau pon ada...


ok! bukan aku je kena diet utk ilangkan babat ok! laki aku pon sama. kahkahkah!!

"Yang, jom senam"

Monday, September 5, 2011

Cerita raya kami

Salam Syawal semua.

Alhamdulillah tahun ni kitorg raya ber4. Muhamad Rayyan lahir 17 Aug, seminggu awal dr due date yg doc bg. Walaupon time tu abah takde nk sambut & Azankan baby, Allah permudahkan segala2nya... sakit contraction & labor pain yg tk lama mcm 1st pregnancy, Syukur...

Rayyan lahir dgn berat 3.88kg. Doc warn me, kalau myself tk kuat nk teran, maybe dia akan patahkan tulang bahu baby. Dgn semangat berkobar2 nk keluarkan si kecik ni, 2 kali teran, Rayyan dh terpacul keluar. Tak sempat doc nk Epi. Kesannye, banyak le kesan2 jahit bersepah sana sini... Alhamdulillah, byk mkn pati haruan, luka pon mcm cepat plak kering

Eh? ni cerita raya ke Rayyan? Pekej skali la ye..

Introducing our bundle of joy. Muhamad Rayyan bin Muhamad Malik during his 1st Eid-Fitr

Cerita raya kitorg, biasa2 je. Since aku pon masih dlm pantang, everything was very limited. Sungguh pon gitu, kitorg still balik kg both sides; Melaka & Johor. Bentan tak bentan, tawakal je la kan.. Rayyan mmg tk banyak ragam all the way balik kg. Tp perangai Nia mmg menguji kesabaran aku. Macam2 kerenah yg bukan2 yg pelik2 tak masuk dek akal.

Mungkin dia nak attention from both of us. Mungkin dia rindu nak aku dukung2 manja2kan dia.. Ye la, sepanjang berpantang ni mana ada aku dukung dia kan?


Nia; ada je projek dia nk kerjakan. Lagi aku tak bagi buat, lagi dia tujunye benda tu. Siap meraung2 kalau tak dpt....


Gambar raya tak banyak. Tak kuasa nk posing dgn muka selekeh2.

Selamat hari raya kawan2... mohon maaf zahir batin

Monday, July 25, 2011

Anak Sulung Saya

Isnin sampai Jumaat kena pergi kerja.
Ntah la, tk tau nk cakap. Hari2 rindu anak.
Macam aku sorg je ada anak.
Asik angau je.... terbelek2 gambar anak.
Gambar dia dari phone, thumbdrive, monitor pc kat office.
Bersepah2 gambar dia.
Sehari 3 kali call rumah.
Tanya khabar anak.
Tidur ke dia. Lama mana dia tidur. Nyusu ke dia. Banyak mana dia nyusu.

Jumaat ni umur Nia setahun sebulan.
Dh berjalan. Merayap 1 rumah. Dh pandai bukak gate. Dah pandai tunjuk pintu ajak jalan kat luar.
Gigi ada 2 btg je kat bawah. Mmg gigi dia lambat tumbuh. Sbb tu dia tk suka mkn kut?

Nia dh pandai buat bunyi harimau.
Mimik riding a horse - gedeguk gedeguk.
Mimik itik quek quek.
Panggil kucing puuuusssss.
Pandai bye2. Pandai silat. Pandai Cakcekur.
Pandai sayang-sayang... Tp cukup cemburu & menggelupur kalau aku ckp 'Saaaayaaanggg Abah'. Boleh menjerit2 dia nangis nak dapatkan Abah dia.
Cuba tanya, "Nia mcm mana mama nangis? Mama busuk tak? Mata mana? Pipi mana?" Semua dia boleh jawab. Dengan cara dia la..

Nia dh kenal things & it's function. Sikat- utk rambut. Stokin kasut- pakai kat kaki. Losyen - sapu betis & tgn. Telefon - hello. Sudu-mkn. Cawan-minum. Kadang2 mana2 pasu bunga yg shape mcm gelas pon dia buat minum gak... And yg latest: Cotton bud - korek telinga. Lawak gile aku tgk dia try nk korek telinga sendiri. Tapi telinga kanan je la.. sbb dia right-handed. Kdg2 aku saja ejek dia 'Nia punya telinga bersih belah kanan je... belah kiri mesti banyak hasil kan?' Hahaha!

Nia pandai nyanyi. Lagu 1 Malaysia. Part 'Oooo.. Ooo...' Dia tau the right moment nk masuk part 'Ooo Oo' tu... Nia tak buta melody & tak buta lirik. Aku penah try tukar lirik lagu tu with same melody. Dia boleh sambung part 'Ooo..' Bila aku tukar melody & remain the lyric pon dia boleh tau when to continue. SubhanAllah, aku mmg tk pernah ajar pon dia nyanyi lagu tu. Dia dgr lagu tu kat TV. itu pon jarang2. bukannya lagu tu slalu on-air pon.

Nia tau nk beza slow song & fast beat. Kalau slow rythm, dia swing left right sambil buat muka sweet.... Kalau fast song, dia henjut2 joget terkinja2 sambil buat muka cheeky.

Nia pandai buat TomTomBak! Itu pon bkn sbb slalu tgk cerita Paknil kat Astro. Infact, tk pernah tgk pon. Dia tgk iklan je...

Nia suka tgk Indahnya Iman kat Astro Oasis. Half Hr program b4 masuk waktu solat. Leka dia tgk tv sambil isap susu. The moment yg boleh tgk dia bertenang dr aktiviti bkn2 yg kadang2 bahaya utk diri dia sendiri. Mana zikir2 yg dia suka tu, asyik masyuk la dia meratib kiri kanan. Time ni, boleh laaa mak dia lurus2kan pinggang yg dh start sengal2 kan...

Kalau aku ckp "Nia, jum main dgn mama" Nnt dia dtg dekat, duduk facing me, then start buat tgn 'Sep sep sep, tom tom tom' Dia tepuk2, aku tukang nyanyi, Nia jd tukang tepuk & sengih je.

Nia dh pandai identify barang2 dia. 1st & foremost - bantal biru. Selected person je boleh pegang & baring bantal tu. Kalau org lain, mesti dia tunjuk sikap protective dia. Aku tak nk la ckp Nia ni kedekut. Sbb dia sgt tak kedekut. Ada makanan dia share siap suap2kan, ada mainan pon dia share main sama2. Cuma tang bantal biru tu je dia jd lain macam sikit. Nak kata bantal busuk pon tak jugak. Sbb dia boleh je lena kalau takda bantal tu. CUma dia mcm tak boleh tgk org gomol2 bantal tu kut? Ntah...

The most sweetest thing, dh pandai mimik tidurkan adik. Walaupon adik dia belum keluar lagi.

Ya Allah, ucap syukur sahaja yg mampu aku panjatkan. Semoga dia terus jadi anak yg bijak & solehah.

Mama sayang Nia terlampau banyak.

Sunday, July 24, 2011

Long Due Entry

Mcm keluar, lupa jalan balik rumah kan? Punya la lama aku tk berblog.



Assalamualaikum kawan2..



Pembawak budak agaknye. sgt tk suka n tk kuasa nk update blog. aku jengah gak blog korang. tp jemari2 ni mmg liat nk post comment what so ever.



Perkembangan terkini? SANGAT KEMBANG. Next month due beranak. Yes kawan2. Aku terima rezeki Allah yg tak dijangka2 ni dgn penuh excited & suspen sekali. Overdue lagi ke? Bersalin awal ke? Yg pastinye.. 2-3 hari sbl/slps raya. Bersiap sedia je la.... Utk tak nak kempunan, aku dh mkn dah ketupat, kuih tart, kuih cornflakes, Fanta merah & lain2 makanan raya.... Punye la besorkan tekak... takut bebenor kena berpantang time org mkn sedap2 kan.... Ko mmg kuat kedarah kan? Ye mmg aku la tu..



Pregnancy kali ni memang mudah semuanya... Syukur2 Ya Allah. Aku tak mabuk, tk ngidam bukan2. tk byk MC mcm the 1st one. Mengandung anak rapat2 ni mmg mencabar ye puan2. Nak2 anak sulung tu sgt aktif mcm Nia. Tak terkejar dibuatnye... Abahnye pulak manjang outstation. Nak tak nak, aku hadap la sorg2. Syukur sgt org2 sekeliling banyak membantu.



Brg2 baby mostly dh complete. Tggl nk cuci & pack sahaja. Barang2 Mama... tinggal nk cari tungku lektrik tu.. payah la pakai tungku batu mcm dulu tu.... sangat berharapkan bantuan org lain utk panaskan tungku tu...



Maternity leave for 3 months starting from end of August. Aku harap dpt kumpul stok susu dgn meriah. Tak nak jd mcm time anak sulung dulu... Menginjak 4 months dh menggelupur stok susu tk cukup... huhuhuh... Moga2 Allah permudahkan urusan & segala2nya.







Nia 1st birthday. Mama love you sayang



Husband akan terbang ke China 17-24 Aug 2011. utk World University Game. Due date yg tertulis dlm kad merah adalah 23 Aug 2011. Oh Allah! mcm mana aku nk hadap kelahiran ni sorg2? huwaaaaaaaaaa!!! takutnye mama!


Kalau overdue barang 1-2 hari pon cantik kan?


Ada tak ubat nk kasi tahan beranak? Aku takut sgt2 nk beranak sorg2 ni..