Monday, January 14, 2013

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid Cafe

Heyya! Howdya doin? 
Harini (Monday 14/1) aku lambat sampai office sbb my son's asthmatic problem. Bgn pagi, tgk dia dh terbatuk2, mencungap & dada bergelombang2. Lalu mak nye bergegas amik Omron Nebulizador & Ventolin Nebules. Alhamdulillah, progress yang baik. This noon called up, good progress. Hopefully tk ada apa2 yg membimbangkan.Sihat2 selalu ye sayang. Love you son!

Tajuk entry mcm nk update kisah dinner aritu. Mukadimah sad news pulok. Neway, dinner tu dibuat kat Majestic Hotel KL. 1st time gak sampai sini. Distance from office, dlm 4 mins drive sahaja. Theme of coz la Rock kan... dh tajuk pon Rock Solid. What impressed me kan, Etiqans ni gigih dressed up sampai bikin rambut. If i had a chance amik gambar diorg yg dressed up gilo babas ni, mmg aku dh upload. Disebabkan crowd ramai, malas aku nk snap2 sangat.

Org lain smer Rock SOlid berspike & leather bagai. Aku rock glam. Jauh kesasar mas! Bantai la.. Aku ni bab2 nk ikut tema mmg tak la... amik yg the closest pon dh cukup baik. Heheh! These are all my friends from various department. Exec2 belake. Tp selekeh mak ai.

Registration counter. Kat sini boleh amik door gift. Menjelang malam, tak payah draw2, amik je apa ko nak... Sebab banyak lebihnye.

Ni sebenarnya tgh pose utk camera lain. Camera sendiri dianaktirikan. Frame kat photo booth ni diorg install bersepah2 at the whole floor. So, tk ada istilah berebut nk bergambo ye. 

Centerpiece. Ada guitar & helium balloon  Aku nampak, masa balik, ada yg rembat gitar ni. Bagi kat anak kut? Ye la, dari bg kat hotel, baik rembat bawak balik kan.. But not me :)

Tablemate. L-R Kak Ida, Nicky, Syikin, Iera & Me. The other 5 are all guys. Dorg gi berasap dulu sbl majlis.

Another group pic. Junaidy tlg amik gambar. 

Kak Kasma punye boring menunggu, sampai terpaksa main violin dgn garpu. Hehe!

Everytime dinner mesti ada benda henna & tattoo ni. Tah kenapa tah. Aku mmg malas nk buat. Nk tunggu2 ni. Mmg tak la...

Dari menunggu henna & tattoo, aku elpak luar je. Layan Etiqa Rock band ni. Tah apa namanye. Tp vocal mantop! Floor ni di decor dgn gitar. Tp gitar 1 ni je yg aku sempat bergambo. Aci la kan...

Nibbles & Bites: L-R (Potato Skin FIlled with Cheddar Cheese, Balasamic Tomato Bruschetta, Seafood Tubes with Sweet Chilli & Majestic Nachos. Rate: 4/5 Nachos agak lemau :D

Smooth down: Corn & Crab Chowder with Basil Oil. Rate: The lowest among all. Tawaq hebiaq!

Hickory Smoked BBQ Beef Ribs, Tangy Black Pepper Spiced Glazed & Succelent Banger & Mash with Onion Gravy (Chicken Sausage) Rate: 4/5 jugak. Rib sedap, sausage ok2 je. Mash mcm tawar sket

Rock & Roll Char Grilled Spring Chicken with Spiced Cherry Tomato Salsa. Rate: 3/5. Tawar jugak. But, healthy food though...

Twisted Mac & Cheese. Rate: 4/5

Hot Fudge Brownie Topped with Chopped Walnuts, Choc Sprinkles & Whipped Cream. CHAMPION!
They served other foods like Seafood au Gratin Basil Oil & Sauteed Vege. Tapi tak sempat amik. Sbb mata dok tgk Stacy nyanyi

Opening performance by Senior Management Committee (SMC) Gerek la tgk CEO2 buat performance. Bosses are soooo cool that night. Tabek Toing Toing!

Stacy. Dah tembam & gebu! Performing her Pelangi Senja, Kasanova & 1 international song. 

Hujan performing their hits. Banyak lagu yg aku tau nyanyi, tapi tatau tajuk. Ampun! Their vocal was extremely superb. Live performance beb, speaker sblh tinger acik je... SO far, tk dgr sumbang pulak.

HOYEAH! On my right: Chief Commercial Officer Shahril Azuar & on my left is CEO Mr Hans De Cuyper.

U saw the girl with long hair standing in front of me? 

ELLA!

ELLA LAGI!

LAGI LAGI ELLA!
Dia sgt cool. Vocal sangat best walaupon dia terkinja2. Energetic habis. She did asked our CEO 'Sorry, what's your name sir?' And he replied 'Hans' and immediate responds by Ella was 'Hans? Oh, my ex boyfriend. HAHAHA.'

Grand prize. Of coz not me. Sigh~
Hadiah2 lain mcm Ipod, Canon Digicam, Canon Video Camera, TV, Samsung Galaxy Camera, Note 10.1, Note II, Iphone 5, Hard Rock Pattaya pooooooooooooonnn aku tk dpt jugak! AHHAAHAHAHAH!

Thursday, January 10, 2013

About Annual Dinner - Sarong Night 2012

Morning korang.. Harini we all ada annual dinner. For yesteryear, It was held at Sunway beach. Outdoor with concept of Sarong Night. Agak kelam kabut kan kalau dinner outdoor ni. Makan buffet pon agak serabut. Tapi agak fun fun gitu la. Mmg backdated sesangat la entry ni kan

Entrance rumah kayu. Kitorg sampai sini petang. so terang lagi la nk bergambar2. Menjelang malam, camera pon tk berapa power, muka pon malap2 sajo.  

Temanye beach-sarong. ada aku kesah? Pakai je apa yg ada.

activity yg ada. henna & tattoo.

Sunway Beach dah transform jd ballroom kah?

Cantik tak cantingan aku? Masih tersimpan rapi kat workstation. L-R (Zatul, Me, JJ, Nicky)

Semua khusyuk tgk retis kat depan. Sapa artis tuh?

Shiela Hamza, Ning Baizura & Jaclyn Victor. 3 suara tgh famous time ni. Jac sgt ikut tema. LIKE juta2.

This year sapa yg dtg annual dinner? Disebabkan AJL aritu closing dia rock kan? So, kitorg pon layan theme rock ye mlm ni. Sedeh. Baju amik apa yg ada dlm lemari saje. Tidak la kuasa nk membeli2 yg baru. Suntuk! Suntuk masa & tenaga. Ahahahah! Mintak2 la aku tk kena gastrik. Kalau annual dinner kan lambat mkn... Slalu pukul 7 dh dinner. Time2 gini, sure dpt mkn kol 9. huhuh... Korag doa2 aku dpt lucky draw yek! Asik tk dpt je...... mmg tk luck.

We are meeting this fella tonight!!! YEAY! Rock UUUUh!

Tuesday, January 8, 2013

Makang-Makang di Tamang

Makang kat tamang lombon (Garden @ Mines). Asalnye, nk cari kasut tp tk jumpa (Annual Dinner tahun ni tema ROCK. Acik tkde kasut2 rock ). Makanya, nyinggah Garden for dinner. Tak de la sedap mana pon. Biasa2 je. Sebab badan dh penat bekerja, so kitorg just singgah kedai makan yg paling dekat koordinatnye dgn tmp kitorg berdiri. Padahal kat Mines tu byk gak tmp mkn sedap2. Heh? Ngko apa je tk sedap? Bg sizzling noodle pon ckp sedap. Service kat sini agak laju. Maybe sbb tak byk customer time ni. Kalau at normal peak, tk tau la laju mana service dia. 

Wall decor yg sgt simple. cantik jugok kan?

Console table yg sangat keInggerisannya.

Mak Encik muka mcm PMS tk dpt kasut. Pfffttt!

Pak Encik pakai baju keje. Pon mcm muka PMS jugak. Penat pusing carik kasut Mak Encik

Counter bayar zakat bil. Tp boleh je lambai2 waiter tu dari tmpt korang duduk sambil tgn buat bentuk patsegi & bibir mengkamit 'bil'

Yg pink tu bos punye, mocha aku punye (Bkn biasa pompan yg minum stoberi ke?)

Belek menu depan ke blakang, blakang ke depan. Sudah nya aku order ni sajo. Beef Carbonara (balik² kan..?)

Boss order ni. Ala Beef sandwich je pon. Nama bkn main fancy sampai aku tk ingat

Puding roti. Sama gak... Nama fancy tk ingat.

Rushing balik rumah sbb nk tgk Kafe Sukan @ Astro ARENA. Ptg tu husband ada interview pasal AUG Laos (Asean University Game). Menang besor katanya....  Dpt la masuk TV sejam punye program. Kalau result ala2 tenggelam timbul, keluar berita tk sampai 2 minit saje. hehe!

Hepp!!! Baju gi interview sama dgn baju gi dating dgn Mak Encik. huahuahauhauahauh

Monday, January 7, 2013

Happy Birthday Husband


Dear Sayang
Wishing you all the great things in life
Hope this day
will bring you an extra share of all that
makes you happiest
May each and every passing year
bring you wisdom, peace and cheer
Best Wishes for a Happy Birthday


I LOVE YOU

Thursday, January 3, 2013

Japanese Village Bukit Tinggi


Hoyeah! Memang tinggi bukit kudaki. Penat & semput. Dengan 2 budak kenit kena bawak. Mula² kena panjat tangga. Then bukit pulak. Sangat wow la betis kejang2 kan.... But once a while mmg syok jugak jenjalan secara hardcore gini kan. Baru challenging. But i never expected the hill could be this horror. Memandangkan aku tk prepare mental & fizikal utk panjat secara manual. Kupikirkan ada la transport nk naik atas tu. Rupanya kena jln kaki eh? Hehe.  And what questioned me was "Cemana Nia boleh berlari naik bukit?" gile ARGH!! Kejap2 dia toleh belakang ckp 'Cepat la mama'. Mama dh tuo nak.... jln pon dh agak selow... 


Sementara nk lepaskan lelah, kitorg relax2 dulu sambil tgk gaung kat bawah tu. At this level, baru ada rasa nyaman2 sikit. Tak mcm kat Colmar Tropicale. Nak kata sejuk tu mmg tak la. Cuma ada sikit berangin & tak terik sgt. Time ni rasa dehydrated sbb air dh habis. Tapi takpe. kat atas sikit tu ada kiosk jual air & icecream. 


Boleh dikatakan entrance jugak la kut? The moment we reached here, visitor dh start ramai. So, semua bertunggu2 nk gambo kat batu besor ni. Well, aku dh chop dulu! Tunggu sampai kitorg puas gambo sini, baru korang punye turn yerk? Time ni Nia dh berlari pegi kiosk sbb dia dh nampak ESBOK ICECREAM!


This is the kiosk. Ada jual icecream. Tapi 2 jenis je. Cornetto & lime vanilla. Air pon tk byk option. Ada coke, 100+ & drinking water sahajo. Setin RM5. Icecream dlm 3 inggit kut? Pit stop sini dlm 20mins. Maklum le kak.... penat manjat bukit. Selain refreshment, kat dalam ni pon ada jual2 souvenir. Keychain, shirt, fm, payung jepun & segala mak nenek barangan Jepun ada di sini. 


Sambung panjat bukit lagi la kawan... But this time dah keliling2 dgn pokok2. Nia bole cakap 'Ishk, mana singa ni? Singa mana mama?' HARU!! skali singa betul keluar, baru tau. Menceceh2 mulut tanya mana singa... Adeh mak aiiiii anak dara gue.


Budak berdua sibuk main batu. Melalak2 tak dikasi main. Far behind is my lovely MIL. Oh yea, she can cook & sew very very very well.. Suatu hari saya berazam mahu belajar menjahit dari beliau? Tapi bila ye? Hanya masa yg menentukan... Wuhuuuuuuuuuu....


Rumah Jepun. Kat sini Azah (in blue) terhantuk bumbung. Tu la, excited sangat panjat2 batu. Mana Nia? Well, mcm biasa la... MAIN BATU. Haih.... Kat sini boleh sewa kimono. Tapi sebab tak berkeinginan, maka diabaikan je la. Kang tali kimono ke mana, anak aku ke mana... aje nan parah! Kat sini pon boleh bertea ceremony secara olok2. Sapa yg kelapangan, boleh la join


Senario biasa kalau dipaksa amik gambar. Melalak2 nk main batu ko. Takpe la nak.... Nanti mama belikan batu kerikil sekampit buat korang main2 ye.... 


Nia rendam2 tangan dgn busu Marina. Siap basuh2 muka. Belum sempat aku ckp 'Jgn basuh muka kakak..' dia dh raup muka dia dgn konfident berkata 'Waaa, sejup mama.... sejupnyeeee'. Tawakal je la. Aku pon tk tau tahap kebersihan air kat sini cemana. Dlm kolam ni ada ikan kap. Gemok2 belaka. Nyaris anak aku tak ramas je ikan tu. Si Rayyan siap dh hulur2 tgn nk capai ikan. 


Sesungguhnya Rayyan sangat mengantuk di ketika ini. Dia dh skip morning nap. OTW turun bawah, dia dh terlelap.. Kitorg tawakal jek tinggalkan stroller ni kat bawah. Siap baca bismillahitawakkal... hihi... Semuanya sebab tak larat nk pikul benda ni naik ke Japanese Village kat atas nuh... 


OK la korang. Kalo nk gi Bukit Tinggi ni, pada sapa yg adventure sgt tu, mungkin akan rasa boring sbb tkde aktiviti nk buat melainkan begambo. Makan pon agak limited sgt. Kalau setakat nk pegi sbb nk jawab "Ala.... kita dh pegi pon sana... tkde apa pon...." maka, silakan. Hehehehehehehheheeheheheheheeheh

Wednesday, January 2, 2013

Colmar Tropicale Berjaya Hills

Selamat Pagi kengkawan. Dah sarap? Kami tgh makan karipap sardin sambil update blog nih. Kalo dpt kopi o pon best gak nih. Saja la nak story. Dah lama tk menceceh le katakan... Aritu kitorg gi Bukit Tinggi aka Berjaya Hills. This is the 2nd time. Dulu2 masa masuk sana, the fee was RM10/vehicle. Tapi sekarang ni, dorg charged RM12/person & free for kids below 4y.o. Within a year, naik harga sampai mcm tu sekali. Isk isk isk.... Anyway, back to the story & pictureeeesss!

Inilah rombongan cuti sekolah kami. Yang masih bersekolah ialah yg berbaju biru & putih. Yang lain semua bukan warga sekolah yek.

Gambar family kami kat air pancut. Tgk budak berdua tu duduk cemana. Jangan tanya kenapa kitorg tk bwk 2 stroller ye. MPV kita bukan MPV besor. Memandangkan rombongan kali ini agak ramai, MPV comel muat 1 stroller jek. Kat sana panas terik tau, tapi tak membahang sgt la. Tak yah la korg nk berbaju tebal bagai. Mmg berkuah² dibuatnye. 

Gambar wajib @ Colmak Tropicale. Kitorg sampai awal jugak. Dlm pukul 10.30 kut? So, visitor belum ramai lagi. By noon, korg tgk la tmp ni. Penuh dgn umat maknosia nk bergambar. Mujur awal. Dpt la background clear sikit. Both kids excited tgk swan bernang2 kat kolam bawah tu. Besor rupanya ehk? Ingtkan kecik je... 

Amik gambar dgn kuda pulok. Budak2 ni boleh ke takut amat dgn kuda patung ni. Haish! Baru la pk nk hantar diorg horse riding class kat UPM tu. They need exposure kut? Baru hilang gerun tu..

Pre-Xmas. It was 21st. They started decorating the place with colors! Tgk muka Rayyan, sengih besar! hihihi. Kakak mcm biasa la. Amik gambar jarang yg focus. Manjang distracted. 

Mak Bapak yg sengih besor time amik gambar.. Tetapi hal ini tidak berlaku kpd anak2. Haih! Di kiri kanan lorong ni ada banyak restoran. Mostly western food la. But there is a shop yg ada terbau kari2 sket bila lalu depan kedai tu. Kitorg tk suinggah mkn pon. Sebab menantu 'sorg' ni dh masak & bg semua org sarapan siap2 dari rumah. Siap bawak bekal ko! Anak 2 org menciak, siap bawak bekal. Mampu? Wahahaha! Tp gambar picnic makan bekalan tk ada la.. Almaklum... sibuk berkejar dgn budak2.

Ni la bahana nk pakai brooch juntai2. Abis si kenit ni gentel sampai putus. Kat sini area yg tk bagus. Ala2 berjudi. 1 token RM4. Pastu, bkn semua game ada prizes. Burn duit mcm tu je. Ikut nasib la. So, sgt2 tak digalakkan.. Pegi sini nk bergamba2 boleh la ye puan2....

Abah kena pow dgn Nia for this bubble gun. RM15. Haritu ada beli dah kat Kajang. RM11 je. Well, atas bukit kan? ofcoz mahal sikit dr harga kat luar. The bubble gun comes with 2 bottles of bubble liquid. 1 botol boleh main, 1 botol lagi sorok laju2! Selagi tak habis, selagi tu dia picit kasi tembak. Abis berlendir.

Ni la tempat we all picnic. Mkn sandwich sadin, cocktail sosage, tempura nuggets, chicken popcorn & beef burger! Licin bekal kitorg. Area picnic ni ada meja & kerusi. Kawasan berumput utk budak berlari2. Nak duduk2 kat batu2 pelsu ni pon boleh. 

Lepas mkn2 kitorg gerak pergi Japanese Village. 

OK, abis cerita kat area Colmar Tropicale. Tak adventure sangat. Kalau takat nk amik gambar cantik2 utk kenangan... boleh la. Tapi diorg fun je aku tgk? Gambar byk sgt. Tp tak terdayo nk upload kat sini. Semua telah di facebookkan... Korang loya tak tgk gambar byk2 ni? Gasak la.. hakak mintak hampun byk2 yerk?? hehehehe... 

Tuesday, January 1, 2013

The Beginning of 2013, BismillahirRahmaniRahim



Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu



Saya doakan yang baik² sahaja untuk diri sendiri, keluarga dan anda² semua. Amin...

Sunday, December 23, 2012

Setahun Hanya Sekali


Tudia!! Entry setahun sekali. Dari 2nd child baru keluar, sampai dia pon dh berlari. Fine, now dh tk reti nk godek blogspot. Closing entry for 2012. Jgn ke tidak. Buat syarat. Selamat Tahun Baru kawan². Berazam baru la kita ye. Semoga yang baik² sahaja utk tahun depan. Happy Holiday!