Monday, July 25, 2011

Anak Sulung Saya

Isnin sampai Jumaat kena pergi kerja.
Ntah la, tk tau nk cakap. Hari2 rindu anak.
Macam aku sorg je ada anak.
Asik angau je.... terbelek2 gambar anak.
Gambar dia dari phone, thumbdrive, monitor pc kat office.
Bersepah2 gambar dia.
Sehari 3 kali call rumah.
Tanya khabar anak.
Tidur ke dia. Lama mana dia tidur. Nyusu ke dia. Banyak mana dia nyusu.

Jumaat ni umur Nia setahun sebulan.
Dh berjalan. Merayap 1 rumah. Dh pandai bukak gate. Dah pandai tunjuk pintu ajak jalan kat luar.
Gigi ada 2 btg je kat bawah. Mmg gigi dia lambat tumbuh. Sbb tu dia tk suka mkn kut?

Nia dh pandai buat bunyi harimau.
Mimik riding a horse - gedeguk gedeguk.
Mimik itik quek quek.
Panggil kucing puuuusssss.
Pandai bye2. Pandai silat. Pandai Cakcekur.
Pandai sayang-sayang... Tp cukup cemburu & menggelupur kalau aku ckp 'Saaaayaaanggg Abah'. Boleh menjerit2 dia nangis nak dapatkan Abah dia.
Cuba tanya, "Nia mcm mana mama nangis? Mama busuk tak? Mata mana? Pipi mana?" Semua dia boleh jawab. Dengan cara dia la..

Nia dh kenal things & it's function. Sikat- utk rambut. Stokin kasut- pakai kat kaki. Losyen - sapu betis & tgn. Telefon - hello. Sudu-mkn. Cawan-minum. Kadang2 mana2 pasu bunga yg shape mcm gelas pon dia buat minum gak... And yg latest: Cotton bud - korek telinga. Lawak gile aku tgk dia try nk korek telinga sendiri. Tapi telinga kanan je la.. sbb dia right-handed. Kdg2 aku saja ejek dia 'Nia punya telinga bersih belah kanan je... belah kiri mesti banyak hasil kan?' Hahaha!

Nia pandai nyanyi. Lagu 1 Malaysia. Part 'Oooo.. Ooo...' Dia tau the right moment nk masuk part 'Ooo Oo' tu... Nia tak buta melody & tak buta lirik. Aku penah try tukar lirik lagu tu with same melody. Dia boleh sambung part 'Ooo..' Bila aku tukar melody & remain the lyric pon dia boleh tau when to continue. SubhanAllah, aku mmg tk pernah ajar pon dia nyanyi lagu tu. Dia dgr lagu tu kat TV. itu pon jarang2. bukannya lagu tu slalu on-air pon.

Nia tau nk beza slow song & fast beat. Kalau slow rythm, dia swing left right sambil buat muka sweet.... Kalau fast song, dia henjut2 joget terkinja2 sambil buat muka cheeky.

Nia pandai buat TomTomBak! Itu pon bkn sbb slalu tgk cerita Paknil kat Astro. Infact, tk pernah tgk pon. Dia tgk iklan je...

Nia suka tgk Indahnya Iman kat Astro Oasis. Half Hr program b4 masuk waktu solat. Leka dia tgk tv sambil isap susu. The moment yg boleh tgk dia bertenang dr aktiviti bkn2 yg kadang2 bahaya utk diri dia sendiri. Mana zikir2 yg dia suka tu, asyik masyuk la dia meratib kiri kanan. Time ni, boleh laaa mak dia lurus2kan pinggang yg dh start sengal2 kan...

Kalau aku ckp "Nia, jum main dgn mama" Nnt dia dtg dekat, duduk facing me, then start buat tgn 'Sep sep sep, tom tom tom' Dia tepuk2, aku tukang nyanyi, Nia jd tukang tepuk & sengih je.

Nia dh pandai identify barang2 dia. 1st & foremost - bantal biru. Selected person je boleh pegang & baring bantal tu. Kalau org lain, mesti dia tunjuk sikap protective dia. Aku tak nk la ckp Nia ni kedekut. Sbb dia sgt tak kedekut. Ada makanan dia share siap suap2kan, ada mainan pon dia share main sama2. Cuma tang bantal biru tu je dia jd lain macam sikit. Nak kata bantal busuk pon tak jugak. Sbb dia boleh je lena kalau takda bantal tu. CUma dia mcm tak boleh tgk org gomol2 bantal tu kut? Ntah...

The most sweetest thing, dh pandai mimik tidurkan adik. Walaupon adik dia belum keluar lagi.

Ya Allah, ucap syukur sahaja yg mampu aku panjatkan. Semoga dia terus jadi anak yg bijak & solehah.

Mama sayang Nia terlampau banyak.

Sunday, July 24, 2011

Long Due Entry

Mcm keluar, lupa jalan balik rumah kan? Punya la lama aku tk berblog.



Assalamualaikum kawan2..



Pembawak budak agaknye. sgt tk suka n tk kuasa nk update blog. aku jengah gak blog korang. tp jemari2 ni mmg liat nk post comment what so ever.



Perkembangan terkini? SANGAT KEMBANG. Next month due beranak. Yes kawan2. Aku terima rezeki Allah yg tak dijangka2 ni dgn penuh excited & suspen sekali. Overdue lagi ke? Bersalin awal ke? Yg pastinye.. 2-3 hari sbl/slps raya. Bersiap sedia je la.... Utk tak nak kempunan, aku dh mkn dah ketupat, kuih tart, kuih cornflakes, Fanta merah & lain2 makanan raya.... Punye la besorkan tekak... takut bebenor kena berpantang time org mkn sedap2 kan.... Ko mmg kuat kedarah kan? Ye mmg aku la tu..



Pregnancy kali ni memang mudah semuanya... Syukur2 Ya Allah. Aku tak mabuk, tk ngidam bukan2. tk byk MC mcm the 1st one. Mengandung anak rapat2 ni mmg mencabar ye puan2. Nak2 anak sulung tu sgt aktif mcm Nia. Tak terkejar dibuatnye... Abahnye pulak manjang outstation. Nak tak nak, aku hadap la sorg2. Syukur sgt org2 sekeliling banyak membantu.



Brg2 baby mostly dh complete. Tggl nk cuci & pack sahaja. Barang2 Mama... tinggal nk cari tungku lektrik tu.. payah la pakai tungku batu mcm dulu tu.... sangat berharapkan bantuan org lain utk panaskan tungku tu...



Maternity leave for 3 months starting from end of August. Aku harap dpt kumpul stok susu dgn meriah. Tak nak jd mcm time anak sulung dulu... Menginjak 4 months dh menggelupur stok susu tk cukup... huhuhuh... Moga2 Allah permudahkan urusan & segala2nya.







Nia 1st birthday. Mama love you sayang



Husband akan terbang ke China 17-24 Aug 2011. utk World University Game. Due date yg tertulis dlm kad merah adalah 23 Aug 2011. Oh Allah! mcm mana aku nk hadap kelahiran ni sorg2? huwaaaaaaaaaa!!! takutnye mama!


Kalau overdue barang 1-2 hari pon cantik kan?


Ada tak ubat nk kasi tahan beranak? Aku takut sgt2 nk beranak sorg2 ni..

Wednesday, January 5, 2011

Update la wei!

Dah lama tk update kan? since new year.

Tiak busyuk basham mama. botel2 danje...

Budak ni dah 6 bulan. Aritu injek 6 bln, dia punye melalak melaung sampai Doc susah nk cucuk muntut dia. Mujur boleh control.

Dah macam2 akal dia skarang ni.

1. Merangkak dah laju sgt. Bila mama & abah balik office, dh pandai kejar kaki kitorg nk mintak dukung. Selalunye seluar akan bertahan bersihnye beberapa jam je. Pastu dah berjelaga lutut seluar anak aku. Segala ceruk dia merangkak dh skarang ni. Aku terpikir gak. Progress Nia sgt cepat nk compare dgn umur dia. 1 of the reason dia cpt merangkak, may be sbb aku jarang pakaikan dia stokin waktu siang. So, kaki dia tk licin sgt nk merangkak kut? And, aku tak biasa bentangkan tilam utk dia main2. Pandai2 la dia nk survive atas simen keras membatu tu...

2. Dah pandai sengih & ketawa mcm Ms Congeniality. Lawak gile bile dia tersedut gelak dr idung mcm Sandra Bullock dlm citer tu wei....

3. Tokleh tinggal sorg2. Confirm menangis melalak. Ada 1 hari tu, aku duduk blkg dia. Dia elok je main remote sambil ngadap tv. Dia toleh kiri kanan, skali dia br perasan takde org duduk depan dia (padahal aku ada je dok blkg dia, cuma dia tk perasan) Dia punye melalak. Mak aiiiiii! macam kena bantai. Aku pujuk2 sambil gelakkan dia & cakap "Ape ar Nia ni... mama punye besar kat blkg ni bole tak nampak.. haahahahahh!" Agaknye dia tau aku gelakkan dia kut. Terus dia buat muka malu2 & sengih Ms Congeniality.

4. Dah mkn bubur nasi. Bukan aku tk try puree as 1st solid food ye ibu2. Tapi Nia tak suka. Beria bagai nk rak aku memuree. Dimuntahnye balik. Try cerelac pon, dia mkn ala kadar je. Sesudu pon payah nk abis. Baru smlm ni, try bg bubur nasi + sayur mayur blend. Alhamdulillah, setengah mangkuk gak dia hadap.

5. Naik walker kemain laju mak ai... kalo on the road, dh banyak dah Nia punye slip saman. 1 spot yg dia suka sgt, tmp pasu comel2 nenek dia. Kayuh kaki lelaju sampai gobok hiasan nenek, then pilih la satu2 mana nak dicapainye. Lagi 1, kalau naik walker, suka kejar kucing. Asal nampak kelibat kucing lalu, dia bleh nk tangkap kucing tu. Kucing jiran pon, tumpang lalu lalang cek tikus.

6. Suka sgt kalau ada kawan sebaya dia. Harini sepupu dia, Mikail ada kat rumah. Nia skip nap 2 times sbb asik nk main je. Budak ni mmg excited lebih kalau org ramai2 kat rumah. Kalau dia berdua je dgn nenek, boleh la santak nap sampai 2jam lebih. Repeat 3x nap plak tu...

7. Belum berani dgn lelaki dewasa. Agak pelik gak. Nak kata rumah aku ni takde lelaki, adik2 aku smuanye lelaki belaka. Nia sangat penakut dgn watak lelaki dewasa mcm atuk2 / pakcik2. Lelaki yg tua, especially bermisai & gelap. Even dgn atuk sendiri pon Nia tak berapa ngam. Menangis sampai tersedu2 kalau kena tegur dgn lelaki baya2 gini. Jiran aku tegur - dia tak suka, atuk dia dukung - dia melalak, even indon downtown yg tegur geramkan dia pon dia bole melalak bagai.... Tapi dgn org perempuan, lelaki muda, budak2 lelaki dia ok je... Nape ntah...

8. Dah pandai main kejar2. kalau kita acah nk kejar dia... Dia dh pandai nk larikan diri. Mcm biasa. Mesti gelak kuat2 sampai terkluar bunyik Ms Congeniality dia tu.

9. Susu?? kussss semangat! Enfalac A+ 650g hanya 4-5 hari je ye kawan2... Itu tak campur BF lagi tu... Kalau malam2 masih ngempeng dgn mak dia. In fact, balik kerja je Nia dh menggelupur nk menyelak baju mama dia lepaskan gian :D

Nombor 10? Jumaat ni Nia kena sunat. Nak kena heret nenek & abah masuk skali ni. Mama dia mcm lemah semangat sket. Hahahaha! Try kuatkan jugak semangat nk ngadap anak kena sunat.

Update pasal myself: Semalam pegi interview with Bank A. Bank A offer sgt menarik. Moga2 ada la rezeki aku ye. Second interview smlm hanya ada 2 candidates sahaja. Im the 1st one. Cuak. Study company profile pon tk concerntrate sbb anak sibuk nk main laptop sama.. kalau dh gi interview tu, mcm biasa la... Sementara tunggu turn, aku mmg gatal mulut nk tanya the other candidate tu kerja mana. Sekali dia experience Exec Bank B daaa~ Adakah application aku kena reject? Kita tunggu la sama2 ye :) Maklum la.. aku tkde experience banking & takaful. Tapi, sapa la tak teringin makan bonus sampai 5-6 bulan kan? Sekarang ni bonus sbulan je. Tu pon dh nk abis :D Nak harap perfomance bonus pon confirm tak 100% kalau dh manjang MC & EL je kan? Padan muka aku. Increment tahun ni, Alhamdulillah syukur. Tak sangka gak naik sampai 20%. Bukan aku tk bersyukur keje sini. Tapi... susah aku nk cakap kalau environment takde sorg pon yg sama color dengan ko. I'm the only Malay standing here. Plus, Takde sorg pon yg dh beranak pinak mcm aku ni. Dari director. sampai la staf2 lain... Yg dh berfamily, hanya aku & tealady. So, faham2 la betapa payahnye aku nk explain kalau ada family matter yg memerlukan aku EL. Bukan nak cari alasan. Hakikatnye, aku perlukan perubahan :) & working society yg best. Mcm masa zaman2 aku kerja ExxonMobil & FedEx dulu. Happening wei...

Update tentang my other half: Berkobar nk sambung blajar. Tak tau la he will accept the scholarship offer from that Uni or not. Tapi, aku mcm belum ready nk tinggalkan Malaysia terchenta. jangan kata 4-5 thn abroad, seminggu abroad pon aku dah rasa lama gile weii!!!!! God please help. Aku taknak stop his dreams & ambition. But at the same time, aku sangat2 berbelah bagi nk tinggalkan semuanya kat sini. Memangla bukan permanent kat sana. Tapi JAUH & LAMA. Tak tau la aku boleh cope ke tak..... Pesal la You tknk blaja sini2 je Yang? ape tak pandai ke blaja kat Malaysia ni? Sama je kan? Kenapa peru beli tiket mahal2 sbb nk belajar? sob sob sob..... Lagi buat aku serba salah bila dia ckp 'I tak pernah mimpi nk dpt Dr dalam umur muda tau... You pon tau, i nk abiskan Bach Deg pon tersengguk2 ni plak la fikir nk sampai PHD. Bukan senang org nk sponsor kita belajar tau... Ni rezeki kita yang.... '

Oh Tuhan.... tunjukkan petunjuk..... Aku tak menolak rezeki.. Malah aku mmg mencari rezeki. Hari2 doa murahkan la rezeki kami anak beranak. Tapi when it comes to heavy decision macam ni. Aduh mak ai... terduduk aku. Terjelepuk. Bukan tak nak, tapi.... entah...

Wednesday, December 29, 2010

Happy New Year


Few more hours to 2011. PM just announced the immediate Friday 31st Dec 2010 as a special national holiday to welcome the success of AFF Cup 2010. Notice sent to clients & team members worldwide. Informing the whole world that we won the cup & we are celebrating the victory tomorrow. How good it may sounds to all Malaysians.
Good bye 2010. The sweet 2010. The memorable 2010. We gonna miss you forever. The year which we had the most precious gift ever. Nur Nia Amanda. Thank you for entering our life. Thank you so much sayang. Thank you Allah for giving us chance to be better us. Thank you for the good foods & drinks. Thank you for the Iman which still firmly stay in our hearts. Thank you for the safety. And, thank you for this baby too.
Ya Rahman,
We have so many wishes for this upcoming year. Starts with our ambition & carier. Follow up with the roof which protect us during hot & rain, thunder & storm. Economic stabilization & zero debit.
Dear Allah,
Help us. Show us the path of success. Here & hereafter.
Amin Ya Rabbal Alamin...
Nia sayang, smlm Nia genap 6 months kan? esok Mama cuti. Mama masak nasi minyak utk kite semua anak beranak ye? Nia join tengok ok? Sayaaaang Nia. XOXO

Monday, December 27, 2010

Contest Muslimah Anggun 2


Tag by Niza. Kawan2 jum la kita join suka2 :)

Syarat & Terma :

  1. Muslimah DONE
  2. Follow blog ini DONE
  3. Add blog ini dlm blog list korg * supaya korg alert tau* DONE
  4. Letak Banner dlm entri shj, sidebar x perlu ye DONE
  5. Tag at least 3 persons, makesure diorg tau ye DONE
  6. Sekeping gambar Muslimah yg sopan ye. [PENTING] DONE
  7. Free to wear any kinds of hijab DONE
  8. And sertakan satu ayat yang menggambarkan diri anda [PENTING] DONE
  9. Leave link anda di tempat komen okey :) DONE
  10. Warganegara. :) OF COZ

Contest bermula : 26th Dec - 30th Dec 2010
Prize : Shawl + accesorries + suprise gift
TAMAT : 30th DEC on 10.00 am




ANGGUN TAK?

Baik korang cakap anggun. Kotak, majuk. (mcm ada yg kesah pon kan?) Anggun ke? Hangguk ada la kut? Pada aku, anggun ni mcm elegent dlm kelas tersendiri. Pendek kata, kalau pakai - style je. Kalau bercakap - class je. Kalau jalan - confident. Cemana nk explain tah...

Perihal gambar di atas: Persiapan 45 minit sebelum jadi bini Malik. Pakai sendiri je. Beli tudung tk berapa mahal kat Ampang Park. Tak sampai 40 hengget pon tudung ni time tu. Skarang ni lagi la murah kut? Belit2 lebih kurang, pakai viel, tadaaaa... pranten dah siap. Nikah 070809 di halaman rumah. Eh, kat ruang tamu rumah. Skrg ni port nikah dh jadi tempat menan anak dara kitorg. Syukur :)

So kawan²ku Lynda, Lily, Azreen, Dayu & lain2 yg sudi.... meh la kite join. Kite tau, awk2 semua byk gambar cantek2 kan kan kan :D

Wednesday, December 22, 2010

Rindu kamu berdua

Rindu kamu berdua!


Dah seminggu lebih tk jumpa suami. Miss him so much. He is coming back tomorrow noon.

Rasa berdosa dgn anak. Sbb terlelap kepenatan, Nia terjatuh mlm td :( Bad Bad Momma. Sorry yang ye. Sakit tk Nia jatuh? Of coz la wei! dahi ada lebam sket :( huwaaaaaaaaaaaa!!!

Montel mama jgn sakit2 ye. Tinggal arini je kita tidur ber2. Esok abah balik mama boleh peluk2 abah ok sayang...

Saturday, December 18, 2010

Jalan² cuti sekolah. Moh ke Purajaya

Awas, entry dipenuhi gamba & cerita2 yg dh lupa mana-dulu-mana-kendian

Hi readers. (aiseh? mcm ramai naa reader ko kan?)


Cuti2 skola ni tkde lain la... manjang membawak mereka2 yg tgh bercuti. Mengabiskan masa2 terluang kat tmp dekat2 je... tkde le sampai ke luar daerah. At least merasa la berjalan dr terperuk je kat umah kan? Hectic sket. Sbb both me husband & wife kebetulan banyak tasks yg nak kena settle. Tambahan pulak cuti tahunan yg dah yellek... Kite jln dekat2 je dah la ye adik2 ku sekalian. Lps Jom Heboh, next day nye kita heboh2 plak kat Putrajaya.



Lps mkn, kita amik gambar kat tangga naik tmp jual2 brg kraf.
Aku kurang pasti apa nama tmp ni. Location dekat Masjid Putrajaya. Ala, yg dekat dgn fudkot-cekikdarahkuitu... Kalau gambar aku yg tkde Nia tu, maknanye dia tergantung kat dada Abah dia ok? Dia suka benor duk dalam tu. Rasa tinggi dari biasa kut? Apa2 la Nia, asalkan Nia diam2 duduk dlm tu & tgn tak menggapai itu ini, dah cukup baik :D



Huiyooo... refleksyen KLCC tu... Abah senyum separuh, Mama senyum sikit, Nia senyum pelik. Kalau gi tempat2 kraf gini kan, aku slalu mcm fikir.. Ada ke org nk beli sebegini punye benda. maksud aku. keychain terompah, keychain congkak, topi mcm2, tshirt mcm2. Sepanjang aku kat sana, tk nmpk pon ada org yg singgah membeli. Tourist jauh sekali. Semuanya local visitor. Agaknye aku dtg time musim panas kut. Kalau time tu sejuk2 sket, mesti leh jumpa Jastin Bebel. Kan?



Ni pon refleksyen pic jugok. Eh? dh lama eh aku tk amik2 gambo dgn cermin. sejak2 Nia keudara. Mmg jarang sekali. Tk sempat la. mana nk betulkan dukung anak. Handbag lagi. Nak betulkan spek yg kadang2 terlondeh lagi. Dgn kamera yg semi bagak tu... Mmg confirm sikit je gambar aku. Ni pon seb baik ada sdikit smangat yg hilang telah kembali. Yang tk bestnye... background slipar!!! Apekah??? Redha je la kan...



Wah!! Ko sakan begambo slagi bole kan? Jap lg laki dh penat kendong anak, merasa la pulak ko lenguh2 bahu ye... Ala, bkn slalu i pegi Texas... Ni la 1st time i pegi texas taw.... Cayala... paspot i tu, banyak page kosong taw.. Sedih i.. So, biarla i nk posing2 nan maut ni...



Naahh.. rasain... Abah Nia dh handover ini budak kat mak budak. Tetap aku nk posing. Biarpon anak dok sibuk tgk budak2 lain yg tgh galak main kat playground. Puas dipanggil suh tgk camera. Dia buat dek je kan... Takpe la Nia, asalkan muka mama ni ngadap camera pon dh cukup baik. Nia msk sipi2 pon tkpe k? Ngalah la sikit ye nak ye?



Nah la mama! Nak sangat suruh Nia tgk camera. Sampai sedikit kebuntangan mata Nia. Ala, takde la buntang mana pon. Buntang-buntang sepet gitu....



Gambo ber3. Shades aku ilang. Ari panas, sian aku tkde shades. Mintak2 laa ada insan baik hati belikan i shades baru dr Chiangmai. Tapi i tknak cap itik. I nak spek itam cap sirim. kalau shades yg tkde cop sirim, i pening taw... kalau i pening kan susah... u jugak yg bgn kena buat susu Nia... Dah la medical claim i dh fully utilize. Dats why u kena belikan i shades dgn kuantiti yg banyak. Heh? Dah, tu je pesan i buat insan tersayang di seberang laut...



Background tshirt & brg2 kaca/kristal. saja je aku membelakangkan benda2 ni smer. Korg tau la, dapat dek Nia. Mmg habis dia kemas lemari display blakang tu. Maklum, tokey kedai ni tak reti susun barang kut. Tu yg anak dara aku volunteer nk kemaskan segala mcm pasu belanga dia.



Nia bz tgk shadow sendiri. Lawak gile. Asalkan dia nampak shadow dia je dia mcm nk terjun dari bag kangaroo tu. Siap tgn menggapai2 nk cekup shadow sendiri. Ko tgk, sampai aku kena pgg tgn & tahan badan dia. Sibuk sgt nk amik bayang2 sendiri.



Hamboih masam nye anak dara aku. Moncong bukan main panjang sampai Singapore. Siap genggam penumbuk. Nak bantai sapa Nia? Meh Mama join skali. Time ni bright & breezy. German mmg cam ni kut. Oh yea, i dah sampai Germany. Lupa nk bgtau u all semua. Hahaha~ berangan la ko wei...



Nia bz dgn shadow dia. Adeh anak aku... Yela, slalu duduk rumah. Mana ada shadow madow segala kan. Skali skala keluar rumah, mcm jakunis anak aku.

Skrg ni aku asik browse blog pompuan2 cantik je. Mcm terpegun tgk kecantikan badan & wajah dorg even dh beranak penak. Bila browse blog2 gitu. Mula la dlm hati ni berkata. Ishk, sikitnye wardrobe aku, sikitnye kasut aku, koleksi beg sikitnyee, make up branded tkde pon.... Yang ada benda branded pon stock masa dpt bonus selepuk & mekap hantaran. Aduhai, sgt tk bersyukurlah ko ni. Udah, gi bukak astro oasis 106. Tgk Indahnye Iman. Reti2 la bersyukur. Dah ada family bahagia ni pon dh cukup anugerah terindah Ya Allah.

Thursday, December 16, 2010

Jom Heboh Bukit Jalil 2010

Mula2 amik gambar dgn mama dulu. Skrg ni Nia dh tk susah amik gambar dgn mama. Dulu2 bkn main payah nk senyum, skrg ni.... murah senyuman. Dulu kalau dgn Abah je Nia reti nk gelak sengih mcm mulut nk rabak. Sekarang tidak lagi. Sbl gerak pegi Bukit Jalil, kitorg singgah Putrajaya dulu. Hantar lauk & makanan kat rumah my SIL. Kebetulan banyak lauk lebih2 kenduri kawin. Kalau biarkan kat rumah, confirm tk de siapa nk makan.


Dengan Abah pulak!!! Ko tgk! Ko tgk! Kalo dgn abah dia... tk cukup lebar sengih mmg tak sah kan kan kan?? Tak pe la Nia. Asalkan bahagia ye nak ye.. Kalau kata Abah dia dtg dekat, terkepak2 tgn mintak dukung. Siap kaki berkayuh2 punye tak sabarnye nk Abah dukung kan.. Kalau dgn mama, dia relax je.


Ni pulak masa dah sampai Bukit Jalil. Nia kangaroo dgn Abah ok? Mama nk berlenggang tgk apa yg patut. Well, kalau dtg sini confirm la berasak2 kan. Tapi not on the day kitorg pegi. Org tkde la ramai sgt sampai kena berasak2 nk beli belah kat karnival tu kan. Nak kata takde org pon, tk gak... Boleh kata agak selesa la. Cuaca pon just nice. Tak panas & tak hujan.


Kitorg parking kereta agak jauh dr tapak karnival. Kalau korg tau, dekat depan kuaters guru SSBJ kan ada devider. Haaa! atas divider tu laaa terpacaknye MPV laki aku. slamber badak. Asalkan dpt parking redup bawah pohonan merendang. Kalau nk tunggu parking lot yg cun2 dekat dgn tmp kejadian, makanya sudi2 la beratur ye puan2 ye... Kita sesah je mana yg ada.


Time ni aku tgh berkira2. nk beli goodies kat Scott ke tanak.. nak ke tanak... Sudahnye, kite bli je la Dutch Lady Sterilised Milk kat sblh tu ha... 4 bottle yang 900ml assorted flavour seplo hengget je. Borong jgn tk borong. Memang gile memborong ah dtg sini.


Amik gambar sket kat pacuan myTV3. Wah? pacuan?! Tgk Nia tu.. excited tgk belon besar terapung2. Puas laa ipar duai aku pggl & agah dia suruh tgk kamera. Hapah dia tk heran.



Eh! Tak cukup korum. Mana Nia?? Tesangkut kat dada Abah eh? Anyway, ni la adik2 ipar aku. from Left. My beloved MIL yg sgt pandai jahit & masak. Next to her is my youngest SIL Marina. Kendian, Dak Azah (Melake ber... main Dak Dak le jawabnye).. Azah ni sportswomen. Talented budaknye. Sporty & pandai sgt main gitar. Padahal baru abis UPSR je. AKU? GITAR? Huiissh... Pandaiii... pandaii komen sumbang/salah cord... Mainnye hareeemm.. hahaahah! Sblh azah tu. saye ye *malu*. Lastly, Yg pakai shirt putih tu, Dak Fifi, br form 5. Sian, tahun ni Abah tk bg pakai hp selama setahun sampai settle SPM. Paham2 je le... Nak SPM ni tkleh memain woo... Takpe le dik... ko bekorban le sikit k? Abis kang bleh la ko nk enjoy katak ke.. party kodok ke... hape ke..


Family kecik kitorg. Igtkan dtg Jom Heboh banyak sgt la jumpa celebrity TV3. Rupanya, tk nmpk bayang pon. yg aku nmpk, Poziah Gaus. Dia ni celeb TV3 ke? Maybe sbb aku dtg ari Sabtu kut? tu yg tk happening dgn artis2. Tah2 kalau aku g ari Ahad, mesti leh jumpa Adam Lambert ke, Lady Gaga ke... Hanna Montana ke kan? Harapaaannn..


Tgk Nia dpt apa? Selain baju-bajuan... topi kait2 5hengget juga Dolphin tiup 7hengget. murah bukan? Yg lawaknye... Budak yg meniaga menan ni... Dia bleh jerit 'Kak! meh beli Penguin kak.. Penguin murah kak... Penguin! Penguin!'... Oh Tuhanku.. Ampunkan la dosa brade itu yg tak kenal mana 1 dolphin mahupun penguin. Sah sah laaaa kat perut menatang tu tulis DOLPHIN sket punye lawa & besar font nye... Dia bleh sebut PENGUIN. Apakah?? Ko Meniaga, tp ko tk tau product apa ko nk meniagakan? Sedih la. Yg aku pelik tu... bkn 1 kedai jual natang ni... ada laa 2-3 kedai. Boleh kan semua2 org yg meniaga tu sebut PENGUIN PENGUIN! Oh Tidaaaaak!! Penguin tkde sirip blkg mcm ikan dolphin la dik... Pasrah lalu blah...

Hasil ketidak-warasan membeli.. sampai aku merembat 2-3 bag jajan. Itu utk umah Kajang je. Umah melaka kira lain ok. Lain2 barang yg aku rembat, Antabax (murah oi), MAMEE, PetPet (murah sgt!), kain ela (murah2!), tudung2 awning (eee.. murah sgt).
OK la tu. Minggu ni tk kluar berjalan dah... Tu kira pekej shopping utk minggu skali kan..

Wednesday, December 15, 2010

Oh Panic

Lagi 2 minggu adalah ulang tahuan Encik tersebut.
Bininye panic. Apa pon tk dicari lagi sbg hadiah. Tempat dinner syok2 tak survery. Jauh skali terpikir nk arrange seperais parti.
Rasa mcm aku ni dh tk romentik kut? Tak reti dh nk celebrate birthday2 ni.
1 more thing. Tak tau kenapa. Dari dulu aku mmg malu sgt nk nyanyi birthday song kalau pegi birthday party. rasa mcm malu ya amat. bile org nyanyi birthday song, aku bleh sengih je dr mula sampai abis. kut tk pon. nyanyi yg dh serupa bisik2 kat telinga sendiri. sindrom apakah?

Tuesday, December 14, 2010

Lagi lagi Nia


Mak call, bg tau.

'Anak ko ni... dh angkat2 kaki nk manjat kerusi. Kering darah mak tgk. Buatnye terbalik kang... bla bla bla....'

Nia... tlg la jgn buat mama & nenek kering2 darah gini k? Nia kecik lagi sayang, baru 5 bulan lebih. Tunggu la besar sikit kut ye pon nk manjat.

Kpd kawan2 smua, sila jgn terpedaya dgn gambar comel sangat-behave & muka-innocent sepeti di atas. hakikatnye, Nia mmg budak yg suka cari projek! Nampak tgn kembang2 dia tu?? Dah ready nk grab pinggan kaca yg tgh berlaga dgn sudu-garfu kat depan dia.

I miss you darlings


I truely miss them both.

Husband; flying off to Chiangmai for 15th Asean University Game for 10 days. Will be back on Friday the 24th. 9 more days to meet him. Going to miss him to death.

Daughter; getting naughtier. Gain weight & getting cleverer each day.

How i miss them both to be in my arms.

Myself; preparing for my 2nd phase of our life improvement. It is going to be on the next Wednesday.

Moga-moga rezeki berpihak pada kita ye sayang.

Sunday, December 12, 2010

Farewell @ Kiku-Zakura

It was her last day with us. After almost a year, she decided to move fwd to an international insurance co. To celebrate the friendship, we decided to bring her out to Kiku-Zakura MidValley.

Menu booklet




Ni la member aku yg resign. Jaclyn frm KK Sabah. Petite sgt budaknye. Tapi kuat makan :D






Dah start engine. Makan sampai rasa bloated sangat






This is another Jacqueline. So, ada 2 org Jacs kat office aku.






Two Jacs eating green tea icecream with redbean & cornflakes


For desserts, kitorg share je ber3. Sbb dh tau, mmg takkan abis punye :D


Nak tgk menu?


Aku tk reti nk sebut. Yg aku tau, ada salmon sashimi, tempura bento, beef teriyaki, ebiko sushi, yg mcm wantan tu aku tk pasti apa nama. best gak, dlm dia ada sayur + udang fresh. Banyak lagi side dish yg kitorg order, tp aku malas plak nk edit2 & compile cam gambar atas ni ha... :D

Dulu masa kerja kat area KLCC slalu la dpt mkn Japanese food. Tp skarang ni dah tercampak kat KL Sentral, kebanyakannye local cuisine. Hadap la Malaysian & western food hari2. Fast food pon tk banyak kat sini. Rindunye nk kerja kat KLCC area. Smua ada. boleh kata semua mknan yg aku slalu teringin mkn ada kat sekitar office. Pegi foodcourt biasa pon dh ada jual teppanyaki. Oh bahagianyeee....

Wednesday, December 8, 2010

Sit Down



Nia dah pandai duduk! yea yea yea
Yea yea yea lagi skalik!!!
Pas tu dia dah pandai 'Nia.... sayang mama... meh sayang mama.. kiss mama'
Then... KISS!! (walaupon kiss mulut nganga, tk kisah la!)

Waaaaaaaa... terujanyaaa!!

Rasa nk terbang balik skrg jugak!!!!

Tapi, everytime bgn tidur & bacakan dia bgn tido.. Lepas Amin.... Nia berdecap mulut.

Ehh??? Bukan doa makan la sayang.... hikhikhik...

CUTE!

Thursday, December 2, 2010

Pak Ngah Dah Kawin

Salam semua...

Another backdated story. My fault.

PakNgah dah kawin! Tapi bkn Pak Ngah Nia. Ni Pak Ngah sepupu mama. Seronok sgt jmpa sedara2 kat Pontian tau. PakNgah bertemu jodoh dgn Mak Ngah Adib. Sekampung & family arrangement. Sweet je. Tak yah gaduh2 balik raya yerk...

After meal

Gambar ni snap masa kitorg br lps makan. Exectly lps akad nikah. Abah dah tersandar kekenyangan. Nia tk abis2 terlompat2 sana sini. Mkn malam tu best gak. ada gulai lemak nangka, rendang daging, sambal goreng, sambal lonteh, nasi himpit pon ada. Yg specialnye, orange sunquick panas! cute je rasa minum oren panas. tokleh minum ais, nnt batok.

Nia terbang. Tah apa yg dia nk kejarkan ntah la.


Malam berinai

Orang belah2 selatan ni memang masih amal berinai kecil, berinai besar ye. So, mlm tu, dorg besanding le berdua laki bini. Yg tertempel kiri kanan tu, pengantin not-so-baru-anymore :)

Perasan tak? Nia g kenduri kawin pakai baju tidor je. (kesian anak aku) Ikut plan asal, mmg Nia tak ikut, tinggal rumah je dgn nenek. Nenek pon tk larat nk pegi sbb dh mlm. Risau Nia meragam, dia pon suruh tinggalkan je anak dara ni. Tup2 ribut kencang, semua dikerah utk meraikan pengantin. So, Nia yg separa mamai bgn tido, tak sempat salin baju, terus berangkat gi antar pengantin nikah :D


The next day. Hari langsung & berinai besar


nampak tak penganpit pengantin lelaki? Tu ka Poksu Nia yg suka buli Nia. Hari2 Nia kena buli tau.

Kalau kat Johor, mmg confirm la ada budak2 joget zapin. cute tau... Time mama & abah kawin pon ada budak joget.

Tgk ini budak? tk reti duduk diam tau. segala pinggan mangkuk periuk belanga pon boleh terbalik

Ciom manyak2

Masa hari langsung ni, hujan lebat sgt. Well, mmg skarang ni musim hujan kan. No choice la, tadah jela ujan yg turun tu :)

**Suka menu sunquick panas. unik! slalu jumpa sirap panas je..

Wednesday, December 1, 2010

Saman - berhati2 di jalan raya & jalan beraya.

Hi all. Isu panas ah minggu ni pasal saman menyaman. korg clear? aku clear babe. ahahaah!

Boring btol 2-3-4 hari ni. Abah Nia outstation ke Langkawi. Aku pon tk paham la gomen ni. asal ujung tahun je buat meeting kat hotel best2. Berjaya resort weh. Hurm.. efficient ke meeting jauh2 ngabiskan duit ni? meeting kat central je tk bole? cost saving la sket kan.. ni nk kena travel sampai Langkawi. Mana flight ticket (sudah pasti bukan AA kan), accomodation, other expenses. Tah la... no comment. Memang la semua ditaja. Tapi, dari mana sumbernye kalau bukan charged tax kat gaji aku kan? Ahem! Ikut suami gi meeting sambil bercuti? Oh tidak... cuti aku dh abis. cuti Nia je banyak lagi. So, kita dok umah dendiam je la yang ye...

Pasal saman tu kan. Aku tgk STAR arini, headline 'Mixed reaction from motorists to rebate on summonses'.

The 50% discount offer for traffic offenders to settle their fines within two weeks has put a smile on many motorists while some are fuming over being short-changed.

K
orang dah tgk gamba org Q baya saman? tgk sendiri kat STAR ok? Kalau aku.... maunye tak sanggup nk beratur gitu rupa. nehi! tah2 skali sampai kat counter. 'Maaf Puan, kaunter tutup. Datang esok ye. Saya nk balik susukan anak' Haaaaaa.. baru padan muka aku kan? Sesapa yg ada saman tu, pandai2 la ejas time nk gi bayo.

NIA CAUGHT DRIVING WITHOUT LICENSE. Wah! Headline mcm Paris Hilton je kan?

Ni masa Nia lepas pantang. Bole ke bapak Nia drive gini? Suka hati layan selekoh anak letak kat paha. Ni time g kedai blkg rumah. Jgn cuba aksi ini ye.

Skrg dia dh ada carseat. Thanx to Uncle Firdaus ye. So far dia tk banyak ragam duduk dlm tu. Cuma dtg angin dia, abis seatbelt tu dia nk kunyah.

Next headline: BUDAK MAKAN DASHBOARD.
Ntoh le. bagi la apa pon kat Nia ni... semua dia nk test dgn lidah & gusi. test power kut?