Sunday, November 22, 2009

Entry yg sangat negative

Senin. Si suami tak kerja.Di Rumah. Perlu habiskan cuti tahunan yg BERLAMBAK². Disemak aktivitinya harini, hantar isteri ke pejabat, servis kereta, PSP, DVD, tido, PSP, makan, tido, DVD, Astro 811,812,411, tido….. ptg baru mengambil isteri dari pejabat. Pagi² sempat bersuara pada suami sbl dihantar ke office ‘ I tak yah kemas katil arini ye yang…. You tk keje, nnt you nk tido balik kan?’ OMG! Alasan munasabah utk tidak mengemas bilik & bawak turun baju kotor. Sangat kukuh alasan tersebut.

Si Isteri perlu ke pejabat. Perlu kerja. Sebab takde org lain yg boleh buat kerja ni semua. Sangat malas. Sangat Emosi. Sangat tak larat. Sangat berkeinginan untuk pulang segera. Semak aktiviti isteri harini: Bangun awal, mandi bergegas ke pejabat (sigh.. terlambat lagi arini). Client’s emails, quotation, PO, DO, invoices, reports, complaints, documentation, letters…. Lunch(tk tau mkn apa)… blog, KOSMO online, Metro Online, sambung kerja kerja kerja… baru boleh pulang rumah.
Sangat emosi sampai bukak album gamba kahwin… Rasa tersangat² rindu nk balik rumah. Tak kisah la rumah kita tak cantik mcm rumah korg…. Tp rindu sgt² nk blk rumah bila time² mabuk cam ni… huhuhuh….

Monday, November 16, 2009

The day we found I was Pregnant.


Syukur kepada Allah atas kurniaanNya. Menyambut 3 bulan usia perkahwinan, berita gembira yg sangat terbest utk kami sekeluarga. Hik hik.. 2 bln dah saya berisi ye puan²..

Banyak symptom yg buat aku confident dgn kehadiran si kecik dalam rahim ni. Sakit breast sampai sminggu lebih, frequent urination, heartburning, mood swing ke hulu hilir. And the most, menses delay for 13 days. We decided to give a test. 1st UPT (Urine Pregnancy Test) was negative, we tought, all the symptoms was just a false alarm - agaknye.But when we did the 2nd test after a week, it shows positive! Atau mungkin juga sbb aku pakai UPT kit yang mahal sikit this time? Heh heh…. Not sure.

That morning, I did the test alone, while husband was still sleeping on bed. Mengada² + excited sgt nk tau kenapa hormone badan ntahapeape lately ni. 1st line appeared immediately lepas urine tu lalu… then I placed the UPT kat tmpt rata as suggested in the kit box tu kan. Then layan blues kejap. After few seconds aku tgk the 2nd line sangat jelas & terang. Dgn mata terpisat² aku gigihkan kaki jln keluar bathroom *yes, sememangnya mcm tk mampu nk jln sbb over excited. Ya Tuhan, tak mampu nk explain apa dah… Syukur jika ianya benar.* Langsung terus kejutkan suami dari tido. I couldn’t wait to tell him.

“Sayang! confirm”
Him: (ganyang² mata dgn suara serak² bgn tido) “Apedia?”
Me: Pregnant (mata dah bergenang² dgn lopak2 air dgn muka mencebik² – ye aku mmg cengeng gak kadang² ye puan-puan sekalian)
Him: “Ye ke? Sapa bg tau?”
(Ya Allah laki aku ni… ada ke tanya sapa bg tau? Tkpe. Dia masih blur sbb terkejut dr tido agaknye)
Me: I buat test, kan smlm kita beli test kit kan... Dia tunjuk 2 line dah ni.
Him: kalau 2 line tu maksudnye ape?
Me: Maksudnye pragnent le. (aduhai….)
Him: Ye ke? Bestnye!! (Sambil hug2 ala2 terharu menang award. Hahaahaha)
Me: Nanti kita gi jumpa doctor k
Him: Nak buat apa gi jumpa doctor? You sakit ke?
Me: ADOYAI~! Tk la sakit. nk kena check gak dh baper minggu. Bla bla bla (OK. Admit. Mmg dia agak blur dan selalunye takde la slow responds mcm ni. Mungkin sbb aku sergah dia bgn tido kut. My bad! My bad!)

Dalam usia kandungan yg lebih 2 bln ni, aku sgt bersyukur, kerana;

  • Masih mampu gelak plastik dgn lawak² rakan taulan, walaupon lawak diklasifikasi sbg lawak kurang bijak dan adakala tk terasa nk senyum sikit pon…

  • Aku masih mampu bermekap ke pejabat, walaupon pg² selalunya tgn & jari jemari menggigil² nk apply eyeliner - dunno why. Environment kerja amat memerlukan aku berketerampilan. Sigh~

  • Aku masih mampu iron baju suami di pagi hari, walaupon mabok gile kalau berdiri lama² pagi² tu… Serious rasa nk pitam berdiri2 ni tau…

  • Masih berjaya memujuk diri utk minum susu, walaupon seumur hidup, tak penah ku sentuh sebegitu punya beverage hokeh? Sgt bukan option pilihan hati.

  • Masih ok utk bekerja, hanya pernah MC sekali itu pon sbb pegi 1st check up. (Tp lateness cases banyak la.. sbb mmg mabok kan…)
Masalah sekarang, aku sangat tak bernafsu dgn makanan. Hampir semua makanan ditolak. Ckp je la apa saja… aduhai… tekak… tekak… Heartburn skrg dh berlanjutan dua minggu. Masih cuba sedaya upaya utk gagah aktif & kelihatan jelita. HAHAHA!

OK. Sekarang kena jaga perilaku, madah bicara (aiseh), makanan & minuman jua… The point is… jaga ke? Ahahahaahah~ kadang² main ikut sedap aku gak… hik hik hik… *clap clap! happy happy*

We went to see my Gynea, sgt tekejut bile kitorg dh nmpk waterbag & ada benda kecik beep beep sgt laju. Oo.. heartbeat rupenye… Due bersalin 21 June 2010. Approx- 7 more months to go. Apa² pon…. Syukur sgt². Walaupon symptom malas mengatasi segala²nya! It’s now, a journey of three