Monday, January 28, 2013

Wildlife Interactive Zoo & Theme Park

Morning kawan2. Amacam cuti? Tgk FB korang, penuh dgn mcm2 activiti kan... kitorg jenjalan kat KL area sahaja. Nanti kita cerita ok? Just nk sambung sikit lagi pasal Sunway, then tutup buku. Lama sgt drag cerita tak releven ni kan ;)

The Entrance - Sunway Wild Life Interactive Zoo

 Rombongan kite. Saya tiada dlm gambar sbb tgh snap gambar ni.

Mula² kitorg singgah Sneak Preview tgk snakes. Tp gambar semua tak cantik sbb tak boleh on flash. So, tk nampak sgt ularnya. 

Ular byk kat dlm sangkar2 kat belakang tu.

Singgah fish pond jugak. 

Binatang yg ada pon tk banyak. Mcm mini zoo je la. Kitorg pon tk snap byk sgt gambar kat zoo ni sbb dh seharian penat mandi manda. 

Gentleman sila naik benda ni ye... Ladies semua tunggu kat bawah jaga babies

Upah icecream dulu sementara tunggu diorg main benda terbang2 tu. Hehe

Kakak yg masih takut dgn maskot Sunway. Tgk ladies Red Indian ni pon dia takut jugak. Maka, terjadilah gambar Nia tanpa wajah ye... Mmg always.

Time ni Nia tk pandai buat peace lagi. 1Malaysia jek yg keluar.

Siapa berani, boleh la try masuk Scream Park ni. 

Rayyan tidur je sepanjang jalan kat sini. Bila bgn, blur2. Comel. -Eh, muka ko sebijik muka Pak Ngah pulak dik?!!

Selain Mama & Adik, macha di belakang turun teringin posing sama. siap pose patah pinggang kaki silang ko! Hamek! Nasib baik tk buat duckface. Pengsan*

Siapa ada masa kelapangan boleh la try 3D ni. Kitorg tunggu anak besar baru boleh try. Hehehe :D

OK eh korang. Minggu ni pon minggu bercuti jugak bg warga KL. Monday & Friday cuti hek??? Sakan kite  bercuti yuk!

Thursday, January 24, 2013

Sunway Surf Beach

At 1.6km the Worlds's Largest Man-Made Sandy Surf Beach boasts 3 islands, surfing waves up to 8feet high & a spacious beach front area that can entertain parties up to 40000. Gitu lah bunyiknye kalo korg search kat Sunway page. Sesapa yg berangan nk buat outdoor party/ event u, boleh la ke Subway Beach ni. Diorg akan buat from A-Z. korang siapkan duit jek nk msk sini. Others, bisa diatur. 

Lepas lunch & activity berballoon, face painting, badut segala, kitorg proceed ke surf beach. Panas hoi! Time ni dh lepas Zohor. Around 2+. Mmg matahari tgh terpacak kat kepala.

Sebelum masuk, pose dulu. Rayyan tgh layan tusyu manash. Kalau dipopok2, mau terlelap mamat ni. Takpe, kita layankan dulu... Agak2 dia tk larat, sure dia tertidur kan... 

Dah 2x aku dtg sini, tp tk pernah nmpk Quicksilver ni bukak. Ke, mmg kedai dia nampak gelap tertutup always? Kut2 ada org nyantau ke kan.... Kalau kedai kena santau kan nampak bertutup tak bertuan kan? HOH? Kakak menten energy & tahap kehappyan dia. Sambil kat tgn pegang caramel pop corn. 

Sampai sini, sapu2 sunblock dulu bg susu cukup2 baru lepaskan diorg kat sand tu. 

Motif cubit lidah sendirik? Adik... Adik... 
 
Adik belajor, Akak Ngajor

Mainan ni semua, management yg siapkan. Kitorg bawak sehelai sepinggang je. Again, TQ Mak Ngah. Diorg happy sgt main sauk2 pasir.

Abah plak lecture & ajor cemana nk main.

Isi pasir... terlangkup. Isi pasir... terlangkup.

Last2 dia yg terlangkup sama. 

Ntah apa la yg dia mengadu dgn Mak Ngah tu.


Adik lepas kena curah pasir dgn Akak. Sian dia.... But he is a lovely boy! Tak nangis pon. Still sengih2 sambil cekup pasir and.................... MASOK MULOT!! Semua benda ko nk makan kan Dik????????? Nasib baik mama tak panic bertukar hijau.

Sapa yg suka extreme activity bole la try Asia Highest Slingshot Ride - the G Force X (RM30 for IC holder). melantun2 ko! Mmg confirm aku tak try. 1 thing yg aku lupa. laut buatan ni airnye masin ke tawar ntah?? Ahahahaha! Takpe, next time korang pergi sana, korang roger if the water is salty or not k? ;)

Kids, Clown & Balloon

Hi korang... sambung cerita kat Sunway aritu eh. Bgn tido, kitorg smer lunch KFC. Rayyan adalah org yg sgt happy, sbb favorite dia ayam. Lps mkn ayam, mkn mash pulak. Tak berenti2 mkn.

Makan sendiri tanak org suapkan. Time ni dia mkn mash potato sebekas setengah. Dia punye dh abis, dia tibai akak punye pulak. At the back - Nia ketakutkan. 

Dihiburkan dgn clown. Rayyan masih makan. Nia kecut ketakutan tgk clown. So, duduk berkepit je dgn Pak Ngah. Mmg dari dia kecik dia takut clown. Compare to Rayyan, siap boleh tarik rambut & hidung clown lagi... steady lah! Mama buat face painting. 

Dpt belon happy lah dia. Tp still tak nak dekat2 dgn clown & masih berkepit dgn Pak Ngah dia.

Mana la Nia tak melalak. Kalau dh gini gaya ko tegur anak aku. Muka pon saspen kan... buat la muka mesra budak sket... Baru la budak tk takut

Adik mmg always baby cool. Sayang ko sgt2 Dik.... Potel Danje Mama!

Semua benda adalah sedap dimatanya... 

Dh mkn ayam, mkn mash, lepas tu mkn puding pulak ye dik... Mmg tk rugi bawak adik kan dik... 

Dah mkn puding, mkn belen2 pastry pg tadi. Wah! Kelas ko dik... Makanya, hanya abah sahaja yg larat dukung adik utk jangka masa yg agak lama. 

Kakak jugak menten slim. Berat kakak & adik sama tau... Terasa jugak mcm nk bg dia suppliment so dia senang & berselera makan. Asik nak susu je. Mana cukup zat kan... Dah la sayur tak nak mkn. Asik susu & buah sahaja. Susu pon nak tusyu manash sahaja (susu panas). Kalau susu dh sejuk sikit, jgn harap dia nk minum. Nasik pon kurang mkn. Sosej suka, tapi kadang2. Nugget jarang sgt tgk dia suka mkn. Mee sup dia suka jugak. Tp tgk time. Time dia nk mkn, dia mkn la.... Kalau bkn time selera dia, tgk mee tu pon tak nak.. Dah la kakak tinggi, lagi la tak nampak isi kat mana. Hopefully berat dia dpt naik sikit la dlm 1-2 bulan ni. Alhamdulillah, walaupon dia kurus, dia jarang sgt sakit. 

Tuesday, January 22, 2013

Sunway Lagoon October 2012

Morning friends. Kenyang lepas breakfast mihun telur mata & kicap jalen. Belum ada mood nk start kerja. Oh yeah. still early. Sempat kut update blog dgn story tertangguh. Harini nk share moment to Sunway Lagoon. Sponsor by company Mak Ngah. Thanks Mak Ngah. Next time ada happy2 hour, nk join lagi yek? The day started early. Around 7am dh gerak dari rumah. Breakfast on the go sahaja. 

Just arrived. Masih di carpark. Budak2 byk sgt dpt goodies. Dpt bag, soft toy, books, toys & toys & toys. Also, bubble panjang! Happy! Abah siap bawak kusyen, konon nk tido? Jgn harap! tk sempat nk lelap sbb happening sangat. Kakak is so happy. Adik still blur tak tahu mende. Hehe

Rayyan with Pak Ngah. Mak Ngah is one of the committee. She's quite busy on that day. While waiting for registration, semua pakat main bubble. Kejar bubble sampai lari tak cukup tanah. Tu yg kena dukung. Tah mana2 hala dia berlari. Time ni Rayyan baru dpt kaki. 

The Entrance . Nia nampak kecut, takut dgn maskot tu. Adik, chill2 jek kan... 

We are at the gather area. Selesa sangat. This area was reserved for us only. So, takde istilah berebut2 nk chop tempat duduk. The place where we put our stuffs, having meals, nap, also the location of the main stage.

Started with fun games. Being a kid, bukannya reti nk faham & follow event's tentative. Suka hati je terus lari ke swimming area. So, tk merasa la join byk2 games. Melayan budak2 main air je. 

Syok betul berkubang ye... Time ni, matahari baru nak naik. Tapi, peduli apa diorang kan? hehehe

Mata adik dh bergenang2 dgn air mata. Nangis sbb kena dukung. Abah tak bg main dekat sgt dgn mushroom fountain tu. Bahaya. Muka keras jek budak ni. 

Cuba lepaskan tgk! Bahagia jek muka... Kakak dah besar sikit. Dah reti balance badan dlm air. So, we're less worried about her. Adik kan baru pandai jalan time ni, tu yg risau dia tersungkur dlm air. Tapi! risau tinggal risau. Mmg survival betul Rayyan. Love you son!

Attempt kocak2 kaki feeling2 pandai berenang. kahkahkah! Ko mmg comel amat la Dik.... Dah la berenang pakai pampers. kahkahkah! lagi skali

Tak berani lepaskan anak kat sini. Since adult is not allowed to enter this area, mmg sah2 la korang tak dpt main kan? Jgn harap mama nk lepaskan. Tunggu besar sok baru boleh.Kakak, sila gigit jari. Adik, sila termenung mengenang nasib tk dpt main wet park ni. fadanmuke.

Lepas main kat kids' zone, kitorg relax sekejap. Salinkan baju budak2 & kasi hot milk. terus tidor. Adik baring dlm stroller, kasi gelap2 sikit, terus tido. 

Kakak pulak, berbaring kat bandal angry bird lalu ke lalaland. Diorg nap dlm 45mins jugak la.. Sempat kut nk recharge before proceed to Surf Beach. Mama pon boleh relax kejap & buat apa yg patut. Abah, Pak Ngah & Mak Ngah pegi RumahHantuuuuuuuuuu! Memang tak la kan! Jgn harap aku nk pegi.

OK la korang, nk sambung kerja mencarik nafkah. Jap lagi lunch kita sambung story pasal Surf Beach ok? Daaa...

Sunday, January 20, 2013

Anak-anak syurga

My eldest daughter with her cousin. This was taken during Frida's birthday @ Taman Botani Putrajaya

Performing Gangnam their style. 

My son. He is now 17 months weighing 16.5kgs

Exploring world

Love Love Love Love Love Love Love Love

Monday, January 14, 2013

Etiqa Annual Dinner - Rock Solid Cafe

Heyya! Howdya doin? 
Harini (Monday 14/1) aku lambat sampai office sbb my son's asthmatic problem. Bgn pagi, tgk dia dh terbatuk2, mencungap & dada bergelombang2. Lalu mak nye bergegas amik Omron Nebulizador & Ventolin Nebules. Alhamdulillah, progress yang baik. This noon called up, good progress. Hopefully tk ada apa2 yg membimbangkan.Sihat2 selalu ye sayang. Love you son!

Tajuk entry mcm nk update kisah dinner aritu. Mukadimah sad news pulok. Neway, dinner tu dibuat kat Majestic Hotel KL. 1st time gak sampai sini. Distance from office, dlm 4 mins drive sahaja. Theme of coz la Rock kan... dh tajuk pon Rock Solid. What impressed me kan, Etiqans ni gigih dressed up sampai bikin rambut. If i had a chance amik gambar diorg yg dressed up gilo babas ni, mmg aku dh upload. Disebabkan crowd ramai, malas aku nk snap2 sangat.

Org lain smer Rock SOlid berspike & leather bagai. Aku rock glam. Jauh kesasar mas! Bantai la.. Aku ni bab2 nk ikut tema mmg tak la... amik yg the closest pon dh cukup baik. Heheh! These are all my friends from various department. Exec2 belake. Tp selekeh mak ai.

Registration counter. Kat sini boleh amik door gift. Menjelang malam, tak payah draw2, amik je apa ko nak... Sebab banyak lebihnye.

Ni sebenarnya tgh pose utk camera lain. Camera sendiri dianaktirikan. Frame kat photo booth ni diorg install bersepah2 at the whole floor. So, tk ada istilah berebut nk bergambo ye. 

Centerpiece. Ada guitar & helium balloon  Aku nampak, masa balik, ada yg rembat gitar ni. Bagi kat anak kut? Ye la, dari bg kat hotel, baik rembat bawak balik kan.. But not me :)

Tablemate. L-R Kak Ida, Nicky, Syikin, Iera & Me. The other 5 are all guys. Dorg gi berasap dulu sbl majlis.

Another group pic. Junaidy tlg amik gambar. 

Kak Kasma punye boring menunggu, sampai terpaksa main violin dgn garpu. Hehe!

Everytime dinner mesti ada benda henna & tattoo ni. Tah kenapa tah. Aku mmg malas nk buat. Nk tunggu2 ni. Mmg tak la...

Dari menunggu henna & tattoo, aku elpak luar je. Layan Etiqa Rock band ni. Tah apa namanye. Tp vocal mantop! Floor ni di decor dgn gitar. Tp gitar 1 ni je yg aku sempat bergambo. Aci la kan...

Nibbles & Bites: L-R (Potato Skin FIlled with Cheddar Cheese, Balasamic Tomato Bruschetta, Seafood Tubes with Sweet Chilli & Majestic Nachos. Rate: 4/5 Nachos agak lemau :D

Smooth down: Corn & Crab Chowder with Basil Oil. Rate: The lowest among all. Tawaq hebiaq!

Hickory Smoked BBQ Beef Ribs, Tangy Black Pepper Spiced Glazed & Succelent Banger & Mash with Onion Gravy (Chicken Sausage) Rate: 4/5 jugak. Rib sedap, sausage ok2 je. Mash mcm tawar sket

Rock & Roll Char Grilled Spring Chicken with Spiced Cherry Tomato Salsa. Rate: 3/5. Tawar jugak. But, healthy food though...

Twisted Mac & Cheese. Rate: 4/5

Hot Fudge Brownie Topped with Chopped Walnuts, Choc Sprinkles & Whipped Cream. CHAMPION!
They served other foods like Seafood au Gratin Basil Oil & Sauteed Vege. Tapi tak sempat amik. Sbb mata dok tgk Stacy nyanyi

Opening performance by Senior Management Committee (SMC) Gerek la tgk CEO2 buat performance. Bosses are soooo cool that night. Tabek Toing Toing!

Stacy. Dah tembam & gebu! Performing her Pelangi Senja, Kasanova & 1 international song. 

Hujan performing their hits. Banyak lagu yg aku tau nyanyi, tapi tatau tajuk. Ampun! Their vocal was extremely superb. Live performance beb, speaker sblh tinger acik je... SO far, tk dgr sumbang pulak.

HOYEAH! On my right: Chief Commercial Officer Shahril Azuar & on my left is CEO Mr Hans De Cuyper.

U saw the girl with long hair standing in front of me? 

ELLA!

ELLA LAGI!

LAGI LAGI ELLA!
Dia sgt cool. Vocal sangat best walaupon dia terkinja2. Energetic habis. She did asked our CEO 'Sorry, what's your name sir?' And he replied 'Hans' and immediate responds by Ella was 'Hans? Oh, my ex boyfriend. HAHAHA.'

Grand prize. Of coz not me. Sigh~
Hadiah2 lain mcm Ipod, Canon Digicam, Canon Video Camera, TV, Samsung Galaxy Camera, Note 10.1, Note II, Iphone 5, Hard Rock Pattaya pooooooooooooonnn aku tk dpt jugak! AHHAAHAHAHAH!